Calon KeADILan menang besar di Penanti

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) – Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Continue reading

Sikap, tindakan Umno lebih buruk daripada Cheng Peng

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Cheng Peng yang sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat.

Continue reading

Kisah Zambri & The Gang Kena Halau di Batu 8 Lekir

Salam Sejahtera…

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri…Tuan tanahnya,.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Continue reading

UMNO Wajar, Malahan Mesti Dihapuskan!!!

Seorang penitip bicara minda di laman ini yang mendakwa (kononnya) sebagai ‘Non-partisan’ dengan nama samaran ‘amirmhd’ menitip seperti berikut:

 “MARI KITA KUPAS SAMA-SAMA APA YANG CIKGU (dan penyokong2 PR yang lain) MAKSUDKAN DENGAN “…UMNO/BN telah terlalu banyak menjahanamkan harapan rakyat. UMNO/BN juga telah menjadikan menipu dan merompak hak serta harta rakyat sebagai amalan mereka…” DALAM PENULISAN YANG AKAN DATANG2. MARI KITA LIHAT BAGAIMANAKAH INI BERBEZA DENGAN TINGKAH-LAKU PR DALAM KEADAAN BERKUASA DALAM TEMPOH SATU TAHUN INI”

Manakala saudara POHON merasa sedih dan sayu sekali membaca komentor si amirmhd@ketuaphd tu!!!!!!

Saya masih tetap dengan pendirian saya dan saya yakin sealiran dan senada dengan jutaan rakyat Malaysia lainnya, “UMNO/BN telah terlalu banyak menjahanamkan harapan rakyat. UMNO/BN juga telah menjadikan menipu dan merompak hak serta harta rakyat sebagai amalan mereka…”

Pembuktian nyata terlalu banyak dapat dititipkan bagi mengukuhkan hujah saya dan saya yakin kalian para pendukong Pakatan Rakyat dapat mengupasnya dengan penuh fakta agar hendak dapat membuka pintu hati saudara ‘amirmhd’ serta yang sealiran dengan untuk menerima hakikat bahawa UMNO/BN sememangnya wajar, mungkin juga wajib dihapuskan daripada bumi Malaysia ini.

Ruang perdebatan berhemah dibuka untuk penilaian semua. Silakan saudara Jai, Jay, Storm62, POHON, Balabaque, MOHD SUHAIMI BIN AZIZ, MrTontoya, Johan, OMAI, AngahSP, ngerudin, Kembang, Guest, Umar, rockers, balukarma, Kelana Jaya, Halee Putra JB, Zabri Mokhtar, paNda, dansemua yang lainnya, cambahkan bicara minda kalian agar ianya dapat menyumbang kearah kehancuran UMNO/BN, parti yang telah memerintah Malaysia selama lebih 51 tahun dengan segala macam kedurjanaannya!!! – Gambar di atas membawa 1001 pengertian.

Sumber Kerajaan Rakyat

Apa kata NH Chan? Sungguh jelas…

Before you go about judging the judges of the Court of Appeal on their five minute oral decision which they handed down on Friday, May 22, 2009, please bear in mind the wise words of the most liberal of American judges, judge Learned Hand who once wrote – The Spirit of Liberty, p 110:
… while it is proper that the people should find fault when the judges fail, it is only reasonable that they should recognise the difficulties. … Let them be severely brought to book, when they go wrong, but by those who will take the trouble to understand.
 

Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak jantan

IPOH, 26 Mei :-Saya tidak menyalahkan pihak keselamatan, namun mereka diarahkan oleh BN mengarah mereka berkerja untuk BN. Demikain antara ucapan DS. Nizar dalam majlis di Wisma DAP Ipoh malam ini.

Katanya setiap kali PRK, UMNO akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di tempat tersebut, di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Tapi bila UMNO tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ. Inilah bukti mereka berkerja untuk UMNO dan BN.

“Menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan kenteteraman awam.” jelasnya.

 

BN cukup cemburu dengan gabungan pakatan Rakyat dan dia tidak sanggup lihat. Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati ke atas beberapa bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa kita pakatan Rakyat memerintah kita lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, toleransi antara satu sama lain. Kata Nizar.

“Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka.” katanya.

Saya menjelajah seluruh Perak untuk menjawab tuduhan tidak benar saya adalah boneka.

Makhamah rakyat adalah yang terbaik untuk menyelesai krisis politik di Perak.

“Kalau dia betul-betul anak jantan dia kena mengadap sultan dan mohon dibubarkan DUN.” katanya lagi.
 

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Ucapan MB Rakyat Perak

Mahkamah adalah bukan penyelesai masalah, dia boleh menafsirkan undang-undang tapi rakyatlah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di Perak.

Saya mengalakkan orang Islam berpuasa kerana hari ini 1 Jamadil Akhir yang disunatkan dalam Islam, diiringkan dengan solat Hajat dan berdoa.Mudah-mudahan dibuka hati kepada mereka yang berkenaan dan diberikan kepada mereka.

Pada masa ini banyak perkara tidak boleh dibuat. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, namun pagi ini saya dilarang untuk bersalam.

Hari ini macam-macam tidak boleh termasuk main belon.

Di Penanti aman kerana BN tidak bertanding, pagi ini kami dihalang untuk berkumpul dan berucap.

Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada rakan media, NGO dan semua pihak dalam membantu program kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya mengalu-alukan sesiapa ikut serta berdasarkan kemampuan masing-masing dan budaya serta agama sendiri.

Generasi akan datang akan menyaksikan apa yang dilakukan oleh tuan-tuan.

Saya mohon rakan media melaporkan berita secara baik dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Kita ada sikap terbuka dengan rakan media.

dengan Kalimah nasrunminallah wafathun qarrib, saya merasmikan Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar.

 

 

 

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:55 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Dato Ngeh, BN mengamalkan Double Standard

Pengerusi DAP Perak kesal dengan tindakan pihak Polis yang double standard dalam bertindak. Misalnya, kata beliau bila ada petugas Pakatan Rakyat menayangkan CD Sidang DUN kita ditangkap. Sebaliknya BN bertindak dengan mencetak 50, 000 keping CD tanpa apa-apa tindakan oleh polis.

Beliau juga berharap BN dan pihak Istana menghormati kehendak rakyat supaya dibubarkan DUN.



Baca Seterusnya…

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Mat Sabu lengkapkan saingan tiga penjuru Tim. Presiden PAS.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.

Beliau telah mengsahkan telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

 

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi tadi Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, juga pagi tadi mengesahkan akan bertanding bagi mempertahankan jawatan yang telah dipegagang sejak 4 tahun yang lalu.

 

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM