Nizar vs Zambry – Terhebat dan Tergampang ? (versi MUNTAH)

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai – ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.

Advertisements

Aduan salahlaku SUK Perak kepada KSN

SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA

Semoga Tan Sri dalam peliharaan Allah dan sihat walafiat bagi memimpin perkhidmatan awam Negara Malaysia.

Tan Sri rajin-rajinlah turun padang melawat Negeri Perak kerana Pegawai-Pegawai Kerajaan Perak sekarang berada dalam keadaan serba salah dan menghadapi tekanan kerja yang sengaja diada-adakan.

Professionalisme meraka tercabar, kesetiaan mereka dipersoal dan semangat kerja mereka rendah. Puncanya hanya kerana mereka berketuakan seorang Pegawai Kerajaan yang bernama Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Continue reading

Nizar masuk pejabat MB pagi ini menuju Istana Iskandariah

IPOH, 12 Mei (Hrkh) – Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK jam 7.31 pagi tadi selepas mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Turut bersama rombongan itu ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Difahamkan seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam. Untuk itu hanya Nizar dan lapan Exconya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.

Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dan mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang dihantar oleh pembantu Nizar sendiri kepada pihak istana. – azm _