Cool dude!!

Tuutt.tutttt…tuuuuuuuuuttt…tepat 6.45 petang semalam hp teman berdering.

“Assalamualaikum yah…!!” Sayup2 terdengar suara anak teman yang sedang menuntut di Gombak, Haniff…

 

“Waalaikumussalam…apa khabo Niff?” Teman bertanya khabo..
 
“Baik..! Yah yah yah…Perak apa cerite?” Kelam kabut aje bunyinye…

“Kenapa pulak? Atok Wan OK je…!!” Selamba aje teman menjawab.

“Bukan pasal atok wan lah yah…pasal DUN Perak..kan hari ni dia orang bersidang!” Opps..hebat jugak anak teman ni…

“Hancus..!” Pendek aje jawapan teman.

“Kenapa? BN rampas kuasa ke?” Cemas bunyi suara anak teman tu…

 “Ha ah..speaker kene heret keluar…!! Ringkas aje jawab teman.

 “Dah jangka dah…habis lepas ni macam mana?” Ghimeh agaknye anak teman tu dengan keadaan sekarang di Perak…

 “Semua haram belakalah lepas ni…” Saja teman nak bagi hangat sikit.

 “Bila Haniff boleh ngundi yah?” Lain macam anak teman ni…

 “Bila Haniff 21 tahun..!” Jawab teman.

 “Amboi mak lamenye…kenapa 21?” Anak teman tu baru tingkatan 2…

 “Sebab 21 tahun tu kununnye umur orang dah matang. Dah boleh pikio dan buat keputusan sendiri.!!” Teman bagi penerangan sikit.

 “Tapi Haniff tengok..ada orang dah 60 tahun masih belum matang lagi?” Ehh…apa hal anak teman ni…?

 “Haniff baca dalam paper..orang 60 tahun ke ataslah yang ramai undi BN walaupun BN tak betul…apa cerita yah?”.. Alamak anak teman ni…

 “Betul lah tu Niff…ayah setuju 100% dengan Haniff…Tapi apa nak buat? Kawan2 Haniff macam mana?” Teman memberi perangsang.

 “Kawan2 Haniff semua sokong PAS…cekgupun sama.!” Ehem..

 “Wah hebat. Kirim salam kat dia orang semua. Jangan hangat2 taik ayam…!” Saja teman provoke sikit..

 “Insya’Allah…oklah yah kirim salam kat emak..jangan lupa hari Ahad ni datang bawak air kotak, phone card, milo, maggie, biskut, 100plus bla bala bla.. Assalamualaikum..!” Anak teman mengakhiri bicara..

 “Waalaikumussalam!” Ahhh leganye..kalulah dia tengok perangai Zambry dan BN dalam DUN tu…??

Sumber Kopitiam Bang Nan Blogspot
Advertisements

peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita – Prof Dr Aziz Bari

Riot police stand outside Perak state parliament on May 7, 2009. Dozens of protesters including several legislators were arrested outside the assembly where the government and opposition are tussling for control. Perak has been in political limbo since February 2009, when the Barisan Nasional coalition which rules nationally tried to oust the Pakatan Rakyat opposition alliance which won the state in general elections in 2008.

Jenice Lee, a Malaysian opposition state assemblywoman from the state of Selangor, is handcuffed as she is arrested during a protest outside the Perak state legislature in the northwestern city of Ipoh, 200 km (120 miles) north of Kuala Lumpur, in central state of Perak May 7, 2009. Malaysian police cordoned off the state legislature in Ipoh on Thursday and made at least 12 arrests ahead of a meeting of the Perak state assembly, according to eyewitnesses.Pakar Undang-undang bidas polis diguna untuk lengkapkan rampasan kuasa BN

Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita – Prof Dr Aziz Bari

 

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya. tvantara

Gambar di atas dari wartawan Reuters Dan AP

Sumber Pinkturtle blogspot