Kenapa Semua dah Lupa Apa Tuntutan ”BERSIH” dahulu…

Tiada Dakwat Kekal di Jari Memenangkan UMNO di Hulu Selangor. SPR BIRO UMNO

Sekarang baru kita faham mengapa UMNO dan SPR menolak cadangan dakwat kekal di jari bagi proses mengundi. Kalau sistem dakwat kekal dilaksanakan, sudah tentu Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

SPR pula adalah Biro UMNO, sudah tentu tidak akan melaksanakan sistem yang dilaksanakan oleh majoriti negara-negara jiran kita. Ini kerana sistem ini akan merugikan UMNO dan Barisan Nasional. Bayangkan kalau Indonesia yang mempunyai rakyat 240 juta orang boleh laksana sistem ini, mengapa Malaysia yang hanya 27 juta tidak mampu?( Rujuk gambar di atas)

Tiada alasan untuk Malaysia untuk tidak melaksanakan sistem ini sama sekali kecuali kerana mahu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Sistem dakwat kekal akan memastikan seorang pengundi hanya akan mengundi SEKALI sahaja. Ertinya ia akan membunuh segala usaha undi hantu, undi berganda dan undi beli dari pihak UMNO. Undi berganda ini menerangkan mengapa PKR kalah dalam Hulu Selangor dalam keadaan UNDI PKR TIDAK JATUH, malahan naik.

Kita semua sedar SPR adalah Biro UMNO. Waktu 3 ekor katak di Perak melompat, seharusnya SPR mengisytihar kerusi mereka kosong. Namun, SPR tidak berbuat demikian kerana SPR adalah Biro UMNO. Juga, apabila kerusi Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker, SPR pula bertindak lebih terror dari Speaker DUN Perak. Di Hulu Selangor, seramai 17000 pengundi telah DIPINDAHKAN tanpa pengetahuan setiap pengundi.

SPR kita bukan sahaja Biro UMNO tapi barua UMNO.Maka, setiap pergerakan mereka adalah untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

TUGAS PAKATAN RAKYAT

Hidupkan balik agenda BERSIH mulai sekarang dan paksa SPR menerima sistem dakwat kekal di jari. Kalau terpaksa berdemonstrasi pun, kita berdemo lagi sehingga tuntutan kita diterima.

Anwar Ibrahim boleh membawa usul ini ke peringkat antarabangsa supaya dunia tahu bahawa Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia tidak lain dari pelacur kepada UMNO semata-mata.

Kalau UMNO benar-benar ikhlas mahukan perubahan sistem, maka sistem dakwat kekal WAJIB digunakan.

Hulu Selangor sebenarnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tapi, PR kalah pada penipuan UMNO dan BN dengan bantuan pelacur mereka bernama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Tulang Besi Sumber KedahLanie

PRK Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan

Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.

Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu? Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti.

Atas dua nilai itu, segala kelemahan yang ada di sebelah Pakatan Rakyat, maka kita hendaklah sedia memperbaiki dan mengambilnya sebagai pengalaman. Paling penting untuk digunakan bagi mempersiapkan pasukan lawan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Begitu juga, segala kekuatan yang ada di pihak Barisan Nasional hendaklah dijadikan asas kajian dan disesuaikan dengan keupayaan Pakatan Rakyat. Malah harus jadikan ikutan demi memantapkan jentera pilihan raya untuk berdepan dengan Barisan Nasional nanti.

Pengalaman Pengkalan Pasir

Ukuran pilihan raya kecil Hulu Selangor mungkin sesuai dibandingkan dengan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada Disember 2005. Keputusannya sama, iaitu PAS telah kalah sebanyak 134 undi. Namun yang penting ialah pengajaran diperolehi daripada kekalahan itu telah mendorong kepada gerak kerja mempersiapkan jentera, terutama pendaftaran pemilih dan program cakna rakyat.

Hasilnya pada pilihan raya umum 2008, PAS kembali meraih kemenangan besar mencecah majoriti lebih 2,348 undi. Wajarlah pihak Pakatan Rakyat di Selangor membina kembali imej kalah itu kepada matlamat kemenangan.

Terlodeh kekotoran Umno

Kempen kotor Barisan Nasional memburuk-burukkan Zaid adalah gambaran strategi kempen bebal pihak Barisan Nasional yang akhirnya memabukkan pemimpin Umno/Barisan Nasional sendiri denga isu minum arak. Sebagaimana didedahkan oleh rakan-rakan kita dari KeADILan yang pernah ’tidur sebantal’ dengan pemimpin itu, hanya Tun Abdullah Ahamad Badawi (Pak Lah) sahaja yang dikatakan tidak terlibat dengan gaya hidup yang memabukkan itu. Pak Lah yang diketahui tidak minum arak itu pun turut dilodehkan sendiri oleh Umno. Sedangkan minum arak itu adalah ummul kabir (ibu bagi segala dosa besar). Semuanya, sekaligus mendedahkan sebahagian besar perangai pemimpin mereka, dan ini mencerminkan pegangan longgar Islam pemimpin Umno yang boleh dipanggil Islam Umno.

 Atas pendedahan ini, sukacita dinyatakan sikap PAS yang tidak bersetuju untuk berbaik dengan Umno amatlah tepat.

Perjuangan Islam sesuai bersama Pakatan Rakyat

Sesungguhnya, pendekatan kempen Pakatan Rakyat telah memberi ruang kepada PAS mendedahkan Islam. Ini kerana rakan-rakan parti Pakatan Rakyat adalah parti yang memperjuangkan bangsa dan tidak berasaskan Islam. Malah, parti-parti rakan Pakatan Rakyat dilihat sama dengan perjuangan parti-parti politik di negara-negara Eropah yang jelas tidak memperjuangkan Islam.

Hakikat parti yang tidak memperjuangkan Islam ialah parti tidak akan membawa perjuangan ke arah mentakwakan Allah. Sedangkan perjuangan Islam adalah bermatlamat membawa anggotanya bertakwa dari segi akidah, ekonomi, muamalat, munakahat, perundangan dan bertakwa dalam serba-serbi kehidupan.

Oleh sebab itu, bila manusia tidak didedahkan dengan Islam melalui aktiviti parti atau program kerajaan, bagaimana kita nak bawa manusia itu mengenali diri dan mengenal tuhan? Jauh sama sekali bagi manusia untuk memahami asas-asas martabat diri di dunia mahupun di akhirat. Kepada rakan Pakatan Rakyat, terimalah pendekatan Islam yang dibawa PAS ini sebagai isi perjuangan yang boleh melengkapkan keharmonian masyarakat berteraskan agama.

Tazkirah kiamat

Sebenarnya rangkaian perjuangan politik Islam hendaklah dikaitkan dengan dunia dan akhirat. Merujuk firman Allah SWT (al-Waqiah 56:3) bermaksud, “Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).” Justeru itu, setiap orang harus ingat bahawa Allah berkuasa penuh di akhirat nanti. Maka Allah akan merendahkan pangkat dan kedudukan orang-orang yang didapati ingkar terhadap perintah-Nya. Sebaliknya Allah akan meninggikan pula orang yang taat kepada Allah di akhirat kelak. Sehubungannya, tanggungjawab parti yang memperjuangkan Islam hendaklah memupuk kefahaman kepada masyarakat agar menerima kebenaran Islam dan menerimanya sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh di dunia sehinggalah ke akhirat.

Begitu pula, firman Allah SAWT (al-Hasyri 59:19) bermaksud, “dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).”

Natijah perjuangan yang berlandaskan nafsu tanpa dikukuhkan dengan akal akidah Islam pasti tidak menjadi amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak. Malah, Allah SWT mengecapkan para pejuang nafsu itu sebagai puak fasik dan penentang Allah yang tegar.

Sehubungan itu, peringatan penting untuk para pejuang parti politik sekalian, hendaklah kita memastikan perjuangan yang didukung itu boleh mengingati kita kepada Allah sepanjang masa. Janganlah jadi seperti sesetengah pejuang parti yang langsung tidak ingin menyentuh aspek agama dalam program mereka. Maka janganlah tiru perjuangan orang-orang yang lupa diri dan melupakan Allah.

Ingatlah, kita akan menerima bala daripada Allah apabila kita lupa diri, tak ingat dosa-pahala dan tidak langsung mengingati Allah. Sebenarnya, sifat lupa diri dan melupakan Allah termasuk dalam sifat orang-orang yang fasik. Janganlah semata-mata kita berjuang dan berpolitik menyebabkan kita tergolong ke lembah kefasikan. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada karenah perjuangan yang fasik.

Wassalam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan.

Sumber 26ramd.blogspot

Nelayan Sindir Slogan Presiden Umno?

  SSelepas logan Presiden Umno, Najib Razak dikaitkan dengan ‘One Israel’, kini slogan itu terus diragui malah mendapat sindiran daripada nelayan di negeri Sarawak.

Kejadian itu dikesan berlaku di perkampungan Telaga Air, di Kuching, Sarawak apabila nelayan di kawasan itu menaikkan papan tanda dengan kata-kata berikut;

‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, pembangunan harus dilaksanakan, kemahuan rakyat hendaklah ditunaikan.

Jambatan kami jangan dirobohkan, kehendak rakyat harus diperbaiki, tanpa rakyat tiada kerajaan,’.

Difahamkan, papan tanda itu dinaikan bagi menuntut kerajaan negeri segera membina jeti yang sesuai untuk kegunaan nelayan di kampung tersebut.

Mengulas isu itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri Sarawak, Abdul Azeez Mohamad, berkata, kutukan daripada nelayan di perkampung itu merupakan bukti jelas bahawa slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib meminggirkan rakyat miskin di negeri itu.

“Slogan 1Malaysia hanyalah slogan politik untuk menyelamatkan bahtera Umno dan Barisan Nasional yang hampir tenggelam,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Beliau turut memberi contoh bagaimana slogan itu hanya mementingkan kroni BN sebagaimana yang berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Beladin sebelum ini.

Menurutnya, bantuan subsidi untuk nelayan di kawasan itu bersifat terpilih dan hanya diberi kepada mereka yang menyokong Barisan Nasional.

Mengulas isu sama, mantan Ketua Polis Daerah Baram, Voon Lee Shan menuntut agar pihak berkenaan segera menyelesaikan masalah nelayan tersebut kerana ia jelas merupakan suara dan rintihan rakyat di perkampungan itu yang memerlukan pembelaan.

“Walapun sekadar tuntutan jeti untuk nelayan, kerajaan BN jangan sesekali mendiskriminasi dan menzalimi nelayan kerana itu adalah hak nelayan dan mereka berhak menuntut apa yang sepatutnya mereka terima,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di negeri itu terutamanya rakyat marhen agar segera bangkit untuk menuntut hak mereka yang selama ini dipinggirkann oleh kerajaan BN.

Difahamkan, terdapat kira-kira 170 bot kecil dan hampir 30 bot besar nelayan yang menggunakan beberapa jeti termasuklah jeti tradisi sedia ada yang usang di perkampungan itu. -erapakatan

Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanahairku?

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.
12 Jamadil Awal 1431H.
Mr. President

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH – Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

“Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman,” katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

“Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka,” kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.

SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

  Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM – Cina Islam blogspot

Malam Terakhir Kempen PRK P-094

Jam 9:08 malam di Mini Stadium Kuala Kubu Baru…


Jam 9:19 malam… antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah berada di Mini Stadium Kuala Kubu Baru ialah Tian Chua, Azmin Ali, Syed Husseyn Ali, bekas MP Hulu Selangor, SS Subramaniam dari MIC juga kelihatan di atas pentas.


Acara membantai UMNgOk/Beer eNd dimulakan oleh Saudara Tian Chua. Tian Chua adalah “ikon” bagi anak muda. semua anak muda yang waras kagum akan semangat Tian Chua. dalam UMNgOk/Beer eNd tidak ada “ikon” seperti ini… yang ada cuma “ikon” DVD/VCD phorno…


Jam 9:39 malam… acara membantai UMNgOk/Beer eNd diteruskan lagi oleh Ketua AMK Pusat, Syamsul Iskandar… Ketua AMK ini ialah “ikon” bagi mereka-mereka yang suka membuat laporan polis. keh keh keh keh keh…!!!


Jam 9:39 malam… Calon Pakatan Rakyat – Dato’ Haji Zaid Ibrahim tiba di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. ketibaan beliau disambut dengan begitu meriah… laungan “Re-For-Ma-Si”, “KeADILan” dan laungan “Takbir” bergema di Mini Stadium Kuala Kubu Baru.

Ternyata “pembunuhan karektor” yang cuba dilakukan oleh pihak Gerombolan gagal menjatuhkan atau merosakkan kreadibiliti Calon Pakatan Rakyat, malah ianya telah menaikkan lagi kehormatan Dato’ Haji Zaid Ibrahim.

Kesilapan lalu adalah kesilapan lalu, Allah itu Maha Pengampun. pintu taubat sentiasa terbuka. Allah mengangkat “darjat” seseorang Hamba-Nya yang bertaubat.


Dato’ Haji Zaid Ibrahim dan Isteri – Datin Suliana, Loh Gwo Burne… lepak-lepak merehatkan diri. minggu ni adalah minggu “honey-moon” bagi pasangan Dato’ Haji Zaid dan Datin Suliana… kesana-kemari macam belangkas, sentiasa berdua.


Jam 9:56 malam… giliran Naib Presiden PKR membelasah UMNgOk/Beer eNd. Azmin cabar Najib untuk berdebat. tajuk debat ialah “Isu Keselamatan Negara”. Malaysia patut berbangga dengan Perdana Menteri yang kita ada sekarang. agak sukar untuk mencari “seekor” Perdana Menteri yang pengecut seperti Najib.

Macam mana Najib nak berhadapan dengan Negara luar kalau dengan rakyat Negara sendiri pun “kecut”..?


Jam 10:10 malam… Karpal Singh “The King” tiba. makin lewat malam, makin hangat di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. seorang demi seorang Pimpinan Pakatan Rakyat hadir menyatakan sokongan kepada Calon Pakatan Rakyat – Dato’ Haji Zaid Ibrahim.


Jam 10:23 malam… hadirin semakin ramai, Mini Stadium dah jadi macam tin sardin… sesak… ada yang mula menjerit-jerit minta yang berada didalam Mini Stadium penuhkan bahagian depan. diluar Mini Stadium, orang ramai berpusu-pusu datang.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain-lain terkandas dalam kesesakan lalulintas sepanjang 8 kilometer. skuad motorsikal dikerah ke jalanan untuk mengambil para Pimpinan Pakatan Rakyat yang terkandas dalam kesesakan.

Hadirin dianggarkan mencecah lebih dari 10,000 orang… ini signal yang baik untuk Pakatan Rakyat. Melayu, Cina, India, Orang Asal… semua berduyun-duyun memenuhi Mini Stadium. tiada makanan atau minuman percuma disediakan.


Jam 10:25 malam… Giliran “The King” pula membelasah UMNgOk/Beer eNd. semua mesti ingat perkataan ini – “Kawan-Kawan”… hahaha…!!! Karpal pandai buat lawak “kawan-kawan”…

Semua hadirin ternganga bila “The King” berucap…


Jam 10:34 malam YB Zuraida tiba bersama dengan Isteri kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.


Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. semakin hari, Negeri Selangor semakin stabil. rakyat Selangor sangat-sangat beruntung mendapat seorang Menteri Besar yang berkreadibiliti dan bijak dalam mentadbir Negeri Selangor.


Jam 10:41 malam… Thamrin bin Tun Ghafar Baba tiba… gerombolan semakin kusut… seorang demi seorang bekas gerombolan mula meninggalkan perjuangan “Kebangsaan” yang menjadi tunjang perjuangan gerombolan. “Bangsa” bukan lagi menjadi tunjang perjuangan mereka yang faham akan Demokrasi. “Bangsa” bukan lagi menjadi paksi perjuangan mereka-mereka yang faham kehendak Agama Islam.


Jam 10:51 malam… Media Perdana tidak akan memaparkan gambar ini. simpan untuk kenangan anda. hari ini sejarah tercipta di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. sesiapa yang hadir, anda adalah sebahagian dari sejarah.


Jam 10:54 malam… Dr. Hassan Ali dan Lim Guan Eng tiba serentak… gerombolan bertambah kusut. nak China yang pernah dipenjara kerana membela nasib seorang anak gadis Melayu yang digelapkan masa depannya oleh Pimpinan UMNgOk/Beer eNd kini bukan sebarangan Anak China. Anak China ini sudah bergelar “Ketua Menteri Pulau Pinang”.

Gerombolan cukup-cukup benci pada Anak China ini sebab Anak China ini tahu banyak mengenai Agama Islam dan kebaikannya. gerombolan tidak suka orang yang berminat dengan Agama Islam.


Jam 10:57 malam… Mini Stadium bergema dengan laungan “Allahu Akhbar”… China, India, Melayu, Orang Asal semua bangun berdiri memberi penghormatan kepada tetamu paling istimewa pada malam itu. semua kaum melaungkan kalimah “Allah Maha Besar”… tiada kedengaran laungan “Hidup Melayu”… langsung tiada…

Semua hadirin tersenyum gembira menyambut ketibaan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz yang disayangi. semuanya bersemangat. meremang bulu roma mendengar gema Takbir…


Jam 11:09 malam… Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan. 1 Jawatankuasa yang akan mengendalikan kes tertangguh antara Peneroka dan Felda bakal ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Dato’ Zaid Ibrahim.

Tiada wang tunai diberikan kepada peneroka oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor akan membantu warga peneroka Felda untuk mendapatkan hak mereka walau dengan apa cara sekalipun.

Banyak hak-hak para peneroka telah dinafikan oleh Felda selama ini dan sudah sampai masanya warga Felda diberi pembelaan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu mana-mana rakyat didalam Negeri Selangor menjadi “hamba”. rakyat adalah “Tuan” dan kita akan angkat hak rakyat ke tempat yang sewajarnya. ini bukan zaman “hamba”, ini zaman Keadilan.


Jam 11:14 malam… EXCO Kerajaan Negeri Kelantan – Dato’ Paduka Haji Husam Musa tiba di Mini Stadium Kuala Kubu Baru selepas merasmikan Mesyuarat Agung tahunan PAS Selayang. para hadirin berebut-rebut mahu bersalaman dengan orang kuat Kerajaan Negeri Kelantan.


Jam 11:18 malam… bagaimana gerombolan mahu menghadapi gelombang kebangkitan seperti ini..?


Jam 11:21 malam… Lim Kit Siang tiba…


Jam 11:24 malam… Calon Pakatan Rakyat – Dato’ Haji Zaid Ibrahim menyampaikan ucapannya yang terakhir dalam tempoh kempen PRK P-094.


Jam 11:33 malam… Mursyidul Am PAS – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan amanat terakhir kepada bakal pengundi P-094.


Jam 11:55 malam… Ketua Umum PKR… amanat terakhir kepada bakal pengundi… pilihan ditangan anda… mahu perubahan atau kekal tanpa perubahan…

Sumber Perisik Rakyat

Parlimen hangat, bahas usul rujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR, 22 April: Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan ‘1Malaysia’ dengan ‘One Israel’.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dalam ucapannya mempersoal campur tangan Kabinet untuk mengheret Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campur tangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku itu.

“Hari ini adalah hari paling sedih di Parlimen,” katanya.

Beliau turut menyifatkan majoriti BN di Parlimen sebagai ‘majoriti hodoh, majoriti bodoh’.

Sebelum itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno/BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan APCO dan zionis Israel.

“Ini merupakan usaha terancang Umno untuk menghalang Permatang Pauh daripada terus mendedahkan mengenai penglibatan Malaysia dengan APCO dan Zionis Israel,” katanya.

Beliau juga berkata, usul itu seolah-olah cuba mempengaruhi dewan untuk menjatuhkan hukuman kepada Anwar.

“Bagaimana dewan sudah menghukum Datuk Seri Anwar sebelum beliau mengemukakan dokumen-dokumen penting mengenai dakwaannya,” katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar  yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.

“Saya tidak nampak di mana kesalahan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dalam ucapannya beliau sebut ‘pada 1999 APCO menasihati One Israel dan pada 2009 menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1Malaysia.

“Adakah kita nak nafikan bahawa Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri 1Malaysia? Memanglah beliau Perdana Menteri 1Malaysia, bukan 2Malaysia,” katanya disambut tepukan meja oelh wakil Pakatan Rakyat.

Justeru, Mahfuz mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu.

“Saya minta Padang Rengas menarik balik dan meminda usul ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di Batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Hazayani Zakaria – Harakah Daily

Baru kami sedar, BN tidak minat bela rakyat

KOTA KINABALU, 18 April: “Sekarang kami baru sedar, BN memang tidak berminat untuk membela rakyat. Kami tertipu dan ditipu oleh para pemimpin BN,” kata seorang anak muda di Kampung Bakau, Likas yang mahu dikenali sebagai Jaidin.

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor menolak BN dan menyokong Pakatan Rakyat agar peristiwa yang menyayat hati di kampung itu baru-baru ini tidak berulang di Hulu Selangor.

Ini ekoran tindakan kejam Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri meroboh rumah-rumah penduduk setinggan di kampung itu yang amat menyayat hati dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh penduduk.

Tanpa belas kasihan, para pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama anggota Rela meroboh satu demi satu rumah penduduk yang rata-ratanya miskin dan daif bermula 12 April lalu yang dijangka berakhir 24 April ini.

Paling menyedihkan kakitangan DBKK dan Rela tergamak meroboh sebuah rumah ketika  penghuninya sedang menikmati juadah makanan mereka.

Tidak cukup dengan itu, orang-orang suruhan kerajaan BN ini telah merosakkan harta benda penduduk seperti barangan elektrik, perabot dan sebagainya.

“Selama ini saya dan keluarga setia menyokong Barisan Nasional tetapi kenapa ini balasan yang kami terima? Saya ada sembilan orang anak dan enam orang masih bersekolah. Rumah saya diroboh dan sekarang kami tidak tahu mahu tinggal di mana,” kata Nasron yang tinggal bersama keluarga di sebuah pondok sempit dan usang. (Gambar bawah)

Dengan nada sebak Nasron memberitahu: “Kami ini seperti tiada harga, dibuat macam binatang. Lebih teruk lagi daripada Yahudi. Kami dihalau tanpa bayaran pampasan satu sen pun. Saya disuruh ke Telipok Ria (perumahan rakyat) tetapi saya perlu membayar wang deposit sebanyak RM700.

“Itu belum campur kos pendawaian elektrik yang lebih kurang kosnya RM2,000. Manakala anak saya bersekolah di Kampung Likas, tambang seorang menjadi RM80 sebulan. Maka dengan enam orang anak kos tambang sekolah sudah mencecah RM480 yang mana saya sendiri tidak mampu sediakan semua itu”.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Bakau, Nasir Ahid penduduk telah mendiami di situ selama 30 tahun iaitu awal tahun 1980-an lagi.

Pada waktu itu, katanya penduduk yang berasal dari Semporna, Kudat dan Kota Marudu telah datang meneroka dan membina perkampungan di tanah paya seluas 23 ekar. Kesemua mereka  Bumiputera malahan pengundi Kampung Bakau saja berjumlah 3,000 orang.

“Pada masa itu, salah seorang ahli JKKK telah mempelawa saya membina rumah di sini dengan keluasan 30 x 40 kaki. Kebenaran yang diberikan membolehkan saya membina rumah untuk kami sekeluarga menumpang teduh dan meneruskan kehidupan,” kata seorang pesara polis yang tidak mahu dikenali.

Kini beliau telah bersara manakala isterinya bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji sebanyak RM17 sehari.

“Apabila kerajaan mahu meroboh rumah kami, saya tidak tahu mahu ke mana kerana saya tidak mempunyai tanah dan wang,” katanya.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Radin memberitahu: “Saya membuat panggilan kepada Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Jumat Idris untuk memohon bantuan kerana penduduk Kampung Bakau hidup kegelapan setelah pihak SESB memotong bekalan elektrik sejak Isnin lagi. Lantas Jumat menjawab ada baiknya juga hidup dalam kegelapan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan lagak sombong pemimpin Umno itu.

Robohnya rumah-rumah Kampung Bakau itu diiringi dengan tangisan dan hancur berkecainya harapan penduduk untuk terus menikmati kehidupan yang aman dan damai.

Suatu ketika dahulu, apabila menjelang pilihan raya, wakil rakyat Dun Karambunai sekarang, Jainab Ahmad telah memberi jaminan bahawa nasib penduduk kampung itu akan dibela dan dipertahankan.

Namun apabila rumah-rumah mereka telah ranap diroboh, wakil rakyat tidak muncul-muncul. Kini semuanya itu ternyata hanya janji-janji kosong belaka.

Azim Fitri – HarakahDaily

UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR

Jangan Qiaskan Umar dengan Zaid Ibrahim, tapi zaman jahiliyyah mereka hampir sama
UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR

Terlalu lama hidup Umar bin Al-Khattab dalam keadaan kufur; sujud kepada berhala. Beliau banyak menghabiskan masa dengan sujud kepada berhala yang bernama hubal.

Umar dilahirkan 13 tahun selepas tahun gajah yang merupakan tarikh lahir Rasulullah SAW. Dengan kata lain, Umar muda berbanding Rasulullah SAW selama 13 tahun.

Ketika Baginda SAW dilantik oleh Allah sebagai Rasul, Umar baru berumur 27 tahun, dan beliau memeluk Islam ketika beliau berumur 33 tahun. Beliau meninggal ketika berumur 63 tahun. Bermakna, 33 tahun beliau berada dalam kekufuran, dan 30 tahun beliau berada sebagai mukmin.

Di zaman kufur, Umar yang lebih muda berbanding nabi selama 13 tahun itu, sanggup berusaha membunuh nabi SAW. Beliau berjalan menuju ke rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk membunuh nabi, apabila mengetahui sudah ramai orang Quraish memeluk islam.

Begitujuga, kesadisan umar berada ditahap yang memuncak, apabila beliau sanggup menyeksa seorang hamba perempuan dari bani Mu’ammal, walhal Bani Mu’ammal salah satu qabilah Umar, iaitu Bani ‘Adi. Maha dahsyat seksa yang dikenakan itu, bermula dari waktu pagi sehingga waktu petang.

Apabila sampai waktu malam, beliau berhenti dari menyeksa hamba perempuan tersebut, tetapi perasaaan belas kasihan tidak wujud pada dirinya, sehingga sanggup dia mengungkap, “Demi Allah, aku berhenti menyeksa kamu kerana aku terlalu penat. Jika tidak, pasti aku akan terus menyeksa kamu”

Sebelum islam, Umar terlalu berusaha hendak menghalang adiknya yang bernama fatimah daripada memeluk islam. Namun, selepas memeluk islam, beliau bersungguh-sungguh berusaha agar manusia memeluk islam, waima kehilangan harta benda, pangkat, nyawa dan seluruh perkara yang beliau miliki. Beliau berubah total.

SETELAH MEMELUK ISLAM

Mengetahui kisah sebelum Umar memeluk islam, tidak dapat dibayangkan, betapa sadisnya kezaliman yang dilakukan. Pun begitu, setelah memeluk islam, perubahan pada dirinya amat ketara.

Jika dahulu, dia banyak melakukan kezaliman kepada orang yang memeluk islam. Tetapi setelah memeluk islam, beliau telah membuktikan bahawa islam adalah agama yang adil kepada semua manusia; tidak kira terhadap mereka yang muslim, mahupun non muslim.

Semua ini terjadi pada Umar, kerana berkat didikan Nabi SAW. Sikap nabi SAW terhadap Umar, penyebab Umar menjadi seorang insan yang cukup berguna kepada dakwah islamiyyah.

Dunia, sejak dahulu sehingga kini memuji keadilan sejagat yang ditunjukkan oleh Umar. Mana tidaknya, bukan beliau sahaja telah membuktikannya, malahan cicitnya yang bernama Umar bin Abdul Aziz juga telah membuktikannya juga.

Inilah Umar yang telah berjaya mencipta nama di dunia. Beliau mencipta nama atas prinsip Islam. kerana prinsip islam, dia meninggalkan jawatannya, waima jawatan beliau ketika itu lebih besar dan lebih bernilai dari segala jawatan menteri di Malaysia.

Jika beliau wujud dalam pakatan rakyat, inilah tokoh yang wajib dikehadapankan untuk menjawat jawatan perdana Menteri, malahan lebih daripada itu.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Buat Malu Negara ISLAM.. Tak ada pendirian..janji boleh jilat… terus sokong

Nuklear : PAS cadang sokong pendekatan Turki

KUALA LUMPUR, 14 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta Malaysia berpendirian seperti Turki yang konsisten dalam isu penggunaan tenaga nuklear dan tidak bersikap double standard.

“Saya harap Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki iaitu sikap yang konsisten dan tidak double standard, berani dan tegas supaya hak diberi kepada Iran seperti yang diberi kepada negara lain,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata, Amerika Syarikat bersikap double standard terhadap Iran apabila memohon sokongan Malaysia bagi memainkan peranan dalam pelucutan senjata nuklear yang ingin dimajukan negara itu.

Abdul Hadi dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini kesal dengan tekanan yang dibuat terhadap Iran meskipun negara itu telah membuat kenyataan terbuka bahawa mereka hanya ingin memajukan teknologi nuklear sebagai tenaga alternatif daripada sumber yang lain.

Sedangkan ujarnya, Israel yang telah mempunyai teknologi nuklear sejak sekian lama tidak dikenakan apa-apa tindakan sebaliknya bebas melakukan apa sahaja.

“Di sana berlakunya double standard dalam polisi yang dilakukan Amerika Syarikat. Ada negara yang boleh melakukan apa sahaja seperti Israel yang tidak menandatangani perjanjian mengharamkan senjata nuklear dan Israel telah mempunyai teknologi ini sejak tahun 60-an lagi.

“Sepatutnya satu tindakan yang tegas diambil terhadap Israel tapi apa yang berlaku ialah Iran yang membuat kenyataan terbuka bahawa mereka mahu memajukan teknologi nuklear untuk tenaga alternatif daripada sumber yang lain ditekan habis-habisan dan diberi amaran yang keras dan sudah dibuat keputusan untuk melakukan sekatan terhadap Iran,” ujarnya.

Perkara itu dibangkitkan sebagai menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington hari ini.

Sidang kemuncak itu bermula selepas Washington melancarkan proses melobi yang sengit untuk beberapa hari untuk meraih sokongan dunia bagi memberi tekanan kepada Iran mengenai program senjata nuklear negara itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut meminta Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mendesak OIC mengadakan satu sidang khas berhubung keganasan Israel terhadap Palestin yang masih lagi berterusan.

“Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang apa yang berlaku di Palestin, tentang tindakan Israel yang mengura-ura untuk menghalau penduduk Palestin dari kampung halaman mereka dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih lagi berleluasa.

“Malangnya media menutup perkara ini yang menyebabkan pertumpahan darah dan korban sedemikian rupa.

“Malaysia sebagai negara OIC diharapkan supaya mendesak diadakan satu sidang khas OIC berkait keganasan Israel ini,” tegasnya.

Beberapa negara yang memiliki senjata nuklear seperti Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, United Kingdom dan Perancis bersikap double standard dan hipokrit apabila bercakap soal bahaya senjata tersebut yang didakwa dimiliki oleh Iran, sedangkan dunia tahu Israel adalah negara yang sememangnya memiliki senjata nuklear.

Mengikut Dr. Avner Cohen, pengarang buku “Israel and the Bomb”, Israel dianggarkan memiliki 200 lebih peluru berpandu nuklear atau nuclear warheads.

Selain itu Israel mempunyai keupayaan mengembangkan kekuatan nuklearnya, keupayaan menyerang negara lain (striking capacity), keupayaan nuklear juga senjata nuklear, serta secara rasmi mempunyai polisi tidak mengakuinya dan juga tidak menafikannya. Stesen Nuklear Dimona Israel terletak di Padang Pasir Negev.

Israel tidak dipersoalkan oleh negara-negara lain terutamanya AS. Polisi yang telah dimeterai antara AS dan Israel pada 26 September 1969 telah membenarkan Israel membangunkan senjata nuklearnya tanpa disoal oleh AS atau oleh mana-mana negara lain.

Malah Israel adalah negara yang paling berahsia mengenai senjata nuklearnya dan ia tidak diperlukan untuk mendedahkannya kepada Badan Dunia Mengenai Tenaga Atom iaitu International Atomic Energy Agency (IAEA), namun badan itu beria-ia mengenakan siasatan paling terperinci terhadap Iran yang didakwa mempunyai keupayaan nuklear.

Lebih jelas lagi AS didapati bersikap membisu mengenai senjata nuklear Israel. Bahkan Presiden Barack Obama telah bersetuju untuk mematuhi polisi 40 tahun yang membiarkan Israel menyimpan senjata nuklear tanpa mendedahkannya kepada pemeriksaan antarabangsa,

Tiada semakan secara rasmi perjanjian mengenai polisi itu yang dikatakan dimeterai pada 1969 antara Richard Nixon dan Golda Meir, Perdana Menteri Israel ketika itu.

Dalam laporan pada 3 Oktober 2009, The Washington Times menyebut 3 sumber tanpa nama yang mengatakan Obama mengesahkan kepada Benyamin Netanyahu, PM Israel, bahawa beliau akan mengekalkan polisi ‘don’t ask, don’t tell’. Apabila Obama bercakap mengenai polisi dunia tanpa senjata nuklear ia dianggap tidak realistik untuk Israel, tetapi ia tetap disebut dengan mengatakan hal itu ditujukan hanya kepada Korea Utara dan Iran sahaja.

Sumber KedahLanie

Sekodor melepaskan rindu kepada Tok Guru yang dikasihi…

Gambar Terkini Dan Ekslusif Tok Guru Nik Aziz Di Mekkah Untuk Tatapan Anda!

https://i0.wp.com/4.bp.blogspot.com/_uagIB06pZoQ/S8OXfwRvB0I/AAAAAAAAJvs/0v0lsDYQ-kg/s400/7.jpg
TGNA ke Masjid jam 11.40 pagi dgn suhu 40cc Di jabal thur
Bacaan doa


CL bersama TGNA

Solat Zohur

Tengok kitab2 yg di jual

Selepas solat Isyak tawaf sunat

Makan malam….

Berbual bersama keluarga

Pegawai pejabat MB kelantan Zakaria,Ahmad Syargowi
dan Ust Zul Sanabil Holiday Sdn Bhd syarikat yang
menguruskan rombongan TGNA

TGNA solat Maghrib solat setelah tiba dari Madinah
Solat setelah selesai Saei pagi ini

Alhamdulillah TGNA berdoa setelah selesai Saei pagi ini.

Baju hitam Suami Era Fazira bersama Presiden KMJ Hj Termizi
Era fazira

sumber gambar
http://hjarshad.blogspot.com/
di susun oleh
http://kerabubersuara.blogspot.com/
dan dicilok oleh
http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2010/04/sekodor-melepaskan-rindu-kepada-tok.html

PR Hantar Memorandum Desak Najib Batal Semua Lesen Judi Baru

KUALA LUMPUR 15 Apr – Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendesak supaya semua lesen perjudian yang baru dikeluarkan kerajaan dibatalkan dengan serta merta.

Memorandum yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dari KEADILAN, PAS dan DAP juga mendesak kerajaan mengawal dengan ketat penggunaan lesen perjudian sedia ada kepada masyarakat bukan Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata memorandum tersebut akan diedarkan kepada semua Ahli Parlimen sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional serta eminta mereka menandatangi dokumen itu tanda sokongan mengekang gejala sosial yang dilihat semakin berleluasa sekarang.

“Kita akan minta semua Ahli Parlimen menandatanginya kerana memandang berat tentang isu perjudian yang semakin banyak diluluskan .Perjudian semakin berleluasa di kalangan umat Islam dan kesan dari kelulusan baru kerajaan yang akan burukkan masalah sosial di negara kita. 

“Dua perkara diminta supaya kerajaan membatalkan semua cabutan khas yang berjumlah 20 kali untuk 2010 yang diluluskan kepada operator perjudian oleh Kementerian Kewangan dan kedua mengurangkan hari pertaruhan dari tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu.

“Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah persetujui pimpinan ketiga parti untuk menandatangi kenyataan dan memorandum ini kerana masalah perjudian telah berakar umbi dan merebak tanpa kawalan dan ditambah oleh pentadbiran Najib sekarang,” kata Anwar pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam.

Oleh Rusnizam Mahat – Suara Keadilan

Tak boleh jawab… tutup mulut dia…..

Dalam Malaysia ni bermacam benda yang pelik ada, macam iklan dalam TV dulu ada orang tua tu kata, “macam-macam ada”.

Ada satu tulisan ana baca, yang pelik di malaysia ni dalam bahasa orang Putih le, maklumlah dah pandai pasai belajar sains dan math dalam bahasa orang puteh hari tu, depa kata:-

sodomy without penetration,
jet without engine,
submarine without diving capability,
murder without motive,
clinic 1 Malaysia without doctor.

Yang lagi peliknya, tak boleh bukti dalam mahkamah, tangkap dan kurung bawah ISA, ( bukan Israel Security Agency) dimana salah seorang bekas boss dia tu jadi orang kuat APCO yang Malaysia ambil jadi penasihat depa, tapi Internal security act.

Apa yang jadi masalah lani, ambil syarikat yang orang Yahudi jadi tekong dan bawa balik masuk kelambu tak apa, tapi bila sebut One Malaysia adalah idea One Israel , pasal depa tak boleh nafi, maka akan dirujuk ketua pembangkang ke JK Hak dan Kebebebasan Dewan, kata depa fakta tak betul.

Inilah agaknya kut antara nasihat APCO yang dibuat dimerata dunia termasuk kepada pemimpin Kazashtan, dan Abacha dan ramai lagi pemimpin besar dunia , kalau tak boleh jawab, gantung depa. Sebab tu depa marah sangat bila rahsia depa rakyat tahu.

Nasiblah hampa wahai APCO oii, dapat menasihatkan orang yang memang melenting marah bila sebut Israel takluk bumi Palestin.

oleh YB Dr Mohd Hayati – KedahLanie

APA2PUN KALAU TAK IKUT PERATURAN AKAN JADI LINTANG PUKANG…

Tak caya tanyalah Musa Hassan. Tak caya tanyalah Ghani Patail. Tak caya tanyalah Che Det…. Bukankah negara ni lintang pukang sebab dia orang semua. Habis dilanggarnya Perlembagaan Negara. Perlembagaan Islam jangan ceritalah…

Dun Perak kecoh kerana tidak ikut peraturan – Nik Aziz
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 3 April: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tidak akan menjadi kecoh sekiranya anggota dewan khususnya mematuhi perlembagaan negeri yang sedia ada, namun yang paling utama ialah mematuhi perlembagaan diselaraskan dengan Al-Quran.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar mempertikaikan ahli Dewan Negeri yang ‘dibawa masuk’ (menjadi anggota Dewan) melalui mahkamah, namun beliau akur bahawa perjalanan Dewan Negeri termasuk di Perak perlu berdasarkan peraturan.

“Dalam dewan ada peraturan, dan menjadi peraturan dewan (bahawa) mereka yang menganggotai dewan itu mesti wakil rakyat.

“Dan kalau nak jadi wakil rakyat mesti melalui undi (malalui proses demokrasi), itulah peraturannya. Tetapi sekiranya (ahli yang menjadi anggota Dewan itu) sebahagiannya melalui undi, dan sebahagiannya pula melalui tok hakim (mahkamah), mana boleh demikian,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang disifatkan sesetengah pihak sebagai dalam ‘zoo’ sedangkan padanya termasuk di negeri Perak, ada peraturannya.

Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam dewan itu di mana golongan yang cerdik yang tidak boleh tunduk kepada perbuatan zalim, manakala mereka yang satu pihak lagi merasakan dizalimi, mereka melawan.

“Itu tanda mereka cerdik, tetapi kalau dikhianati namun mereka buat senyap saja itu tanda tak cerdik. Bagaimana pun, perbalahan itu mesti ada punca, takkan sebelah A lawan B dengan tidak ada sebab, tidak begitu. Mesti B buat masalah pada A dan A kena lawan atau pun A buat masalah pada B dan B kena lawan.

“Islam pun mengajar demikian. Demokrasi pun ajar, jadi jangan nampak benda kekecohan dalam Dewan lalu diburukkan lagi keadaan. Mesti ada sebab, kita kena tengok kepada sebab, kekecohan itu kerana apa termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya.

Beliau mendakwa, kekecohan itu disebabkan rakyat yang mengundi memilih calon A ke dalam dewan, namun orang lain pula membawa masuk orang lain melalui mahkamah.

“Mana boleh, sepatutnya memberi peluang kepada rakyat. Ini kerana membawa masuk wakil dalam dewan pun rakyat, hendak membawa masuk calon lain pun terlebih dahulu mesti tanya rakyat.

“Itu yang kita sebut beri peluang kepada pilihanraya semula, ini bendanya. Orang bawa masuk wakil rakyat melalui dewan, kita (pihak tertentu) mengubahnya,” katanya.

Mursyiyul Am menasihatkan bahawa semua perkara hendaklah bertindak dengan betul mengikut peraturan.

“Dari segi agama mestilah mengikut Islam. Kalau tak mahu agama, ikutlah perlembagaan, tetapi perlembagaan itu setakat di dunia sahaja. Apabila masuk kubur (mati) tidak berguna lagi.

“Oleh sebab itu kita di Kelantan mempastikan bahawa proses perlaksanaan perlembgaan selaras dengan Quran, dengan itu dalam kubur nanti (di akhirat) kita selamat , dan atas dunia pun kita jadi selamat, insya Allah,” katanya.

Sumber Kopitiam Bang Nan

ULAMA TIADA KUASA VS ULAMA ADA KUASA

Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini – amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.

Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu. Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.

Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?

Apa yang malang manusia barat mengaitkan hiburan dengan keseronokan yang tidak dikawal. Industri hiburan barat menghiburkan manusia dengan meminta manusia mengikut selera hawa nafsu manusia . Tiada had dan batasan dibenarkan. Hiburan barat adalah berdasarkan falsafah hedonism – keseronokan yang tidak dibatasi oleh sebarang sekatan dan kawalan. Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja merangsang industri hiburan barat malahan ia juga menjadi pengawal kepada industri hiburan tersebut.

Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan . Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.

Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak. Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.

Justeru itu tindakan Kerajaan Kelantan membenarkan konsert jom heboh baru-baru ini bagi saya adalah satu tindakan yang positif dan patut dipuji. Sebelum ini kita juga dapat melihat Negara Iran yang dipimpin oleh golongan ulama telah berjaya membawa revolusi industry perfilemen negara itu – dari industri glamour kepada industry yang membina. Perfilemen Iran menunjukkan bahawa sesebuah filem itu masih mampu menang award meskipun tiada arak dan adegan seks di dalam filem.

Bagi yang tidak senang dengan Pas, tindakan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz membenarkan sure heboh di bumi serambi Mekah dilihat seolah-oleh menempelak kenyataan Mufti Perak sebelum ini yang mengatakan jomheboh atau sure heboh adalah haram.

Jika itu kritikan yang ditujukan kepada Kelantan , jawapan kita mudah sahaja. Haram atau tidak haramnya sesuatu perkara bukan hanya kerana namanya . Sebagai contoh adakah kasino itu haram kerana namanya kasino ? Bagaimanakah jika kasino menukar programnya dari yang berbentuk permainan dengan wang taruhan ( judi ) kepada permainan semata-mata tanpa ada unsur judi. Adakah ketika itu kasino masih haram hanya kerana namanya Kasino !

Sewaktu saya bersama dengan Presiden Pas bertemu para pelajar di Australia suatu ketika dahulu, Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang memberikan satu contoh yang menarik kepada pelajar tentang kaedah hukum dalam Islam. Contoh yang beliau berikan adalah melibatkan makan nasi. Beliau mengatakan hukum makan nasi boleh jadi harus atau wajib atau haram mengikut keadaannya. Asal hukum makan nasi adalah mubah ( harus ). Bagaimanapun ia boleh bertukar menjadi wajib jika apabila seseorang itu dalam kebuluran dan hanya ada nasi sahaja dan tidak ada makanan lain di hadapan beliau. Makan nasi ketika itu jadi wajib kerana ingin menjaga nyawa. Makan nasi juga boleh jadi haram jika makan di waktu siang semasa berpuasa di bulan Ramadhan..

Hal yang sama juga boleh berlaku kepada sure heboh. Sure heboh boleh jadi harus atau haram mengikut keadaan . Jika program sure heboh dipenuhi maksiat sudah tentu ia haram. Tetapi jika kandungan maksiat di program itu dapat dibuang atau dielakkan adakah hukum program itu akan terus berkekalan haram hanya kerana namanya sure heboh. Sudah tentu tidak.

Kita percaya bahawa apabila Mufti Perak mengatakan sure heboh haram ianya bukan kerana namanya tetapi kerana isi kandungan program tersebut. Program sure heboh sebelum ini termasuk di Perak sendiri tidak dikawal .Para penonton lelaki dan wanita dibenarkan duduk bersama-sama . Artis wanita dibenarkan terkinja kinja menyanyi di pentas dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat. Mufti Perak yang tidak bersandarkan kuasa politik tidak dapat berbuat apa-apa apabila sure heboh berkunjung ke negeri Perak sendiri. Beliau terpaksa akur melihat fatwanya dilanggar oleh orang-orang politik di negeri itu. Konsert sureheboh di Perak terpaksa mengikut gendang TV 3 sebagai penganjur program itu.

Keadaan yang sama tidak berlaku di Kelantan. Di Kelantan pihak penganjur terpaksa ikut gendang Kerajaan yang dipimpin oleh Ulama’. Apabila Kelantan bersuara tiada artis wanita – maka TV 3 ikut. Tiada percampuran lelaki dan wanita- sekali lagi TV 3 ikut. Inilah bezanya apabila Ulama yang bersandar dengan kuasa dengan ulama yang tidak mempunyai kuasa.

Ulama tiada kuasa hanya dapat menyatakan ini haram itu haram tanpa dapat berbuat apa-apa jika manusia tidak endahkan fatwanya. Apabila TV 3 tidak endah fatwa Ulama yang tiada kuasa maka ulama seperti Mufti Perak tidak boleh buat apa-apa .

Apabila ulama ada kuasa ia boleh bertindak dengan lebih aktif dan efektif. Ia boleh ‘dictate” pihak penganjur supaya tunduk kepada peraturan Kerajaan negeri. Akhirnya ulama yang ada kuasa boleh menawarkan rakyatnya hiburan alternatif yang terbaik kepada sure heboh yang diharamkan oleh ulama yang tiada kuasa.

posted by hanipamaidin