Parlimen hangat, bahas usul rujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR, 22 April: Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan ‘1Malaysia’ dengan ‘One Israel’.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dalam ucapannya mempersoal campur tangan Kabinet untuk mengheret Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campur tangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku itu.

“Hari ini adalah hari paling sedih di Parlimen,” katanya.

Beliau turut menyifatkan majoriti BN di Parlimen sebagai ‘majoriti hodoh, majoriti bodoh’.

Sebelum itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno/BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan APCO dan zionis Israel.

“Ini merupakan usaha terancang Umno untuk menghalang Permatang Pauh daripada terus mendedahkan mengenai penglibatan Malaysia dengan APCO dan Zionis Israel,” katanya.

Beliau juga berkata, usul itu seolah-olah cuba mempengaruhi dewan untuk menjatuhkan hukuman kepada Anwar.

“Bagaimana dewan sudah menghukum Datuk Seri Anwar sebelum beliau mengemukakan dokumen-dokumen penting mengenai dakwaannya,” katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar  yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.

“Saya tidak nampak di mana kesalahan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dalam ucapannya beliau sebut ‘pada 1999 APCO menasihati One Israel dan pada 2009 menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1Malaysia.

“Adakah kita nak nafikan bahawa Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri 1Malaysia? Memanglah beliau Perdana Menteri 1Malaysia, bukan 2Malaysia,” katanya disambut tepukan meja oelh wakil Pakatan Rakyat.

Justeru, Mahfuz mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu.

“Saya minta Padang Rengas menarik balik dan meminda usul ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di Batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Hazayani Zakaria – Harakah Daily

Advertisements

Idham pertahan isu ‘bomoh’ Zambry, jampi Dewan

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) – Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) Drs. Kahlil Idham Lim hari ini mempertahankan kenyataan yang dibuat semalam berhubung tindakan Dr Zambry Abdul Kadir membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh “bomoh” untuk menjampi kerusi speaker.

Continue reading

Kenyataan Media ADUN Titi Serong.

Drs. Khalil sedang memberikan kenyataan dalam sidang media pagi tadi.
IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat “diganggu” oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.

Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)

Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..

Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam “provokasi” untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara “tidak diundang” dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dan BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh “bomoh” untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)
 

 

Semua media dibenar buat liputan sidang DUN Perak – Speaker

IPOH, 3 Mei :- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini. Demikian menurut Kenyataan Media secara bertulis yang diedarkan kepada rakan media semasa Sidang Media ADUN Titi Serong di Pejabat DAP Ipoh pagi tadi.

Continue reading

Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya

IPOH, 3 Mac (Hrkh) – Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi.

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta oarang ramai yang hadir meyaksikan acara penuh sejarah itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sokongan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang dun itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ. – azm

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara. – azm _

Perak Speaker calls emergency session next Tuesday

IPOH, Feb 27 — Perak legislative Speaker V. Sivakumar has called for an emergency sitting of the state assembly next Tuesday in a move that could see the Barisan Nasional (BN) government voted out of power and further complicate the constitutional impasse.

Sivakumar is invoking the assembly’s standing orders 8 and 11 to call for the emergency sitting to vote on two motions in relation to the state’s constitutional impasse.

The two standing orders give him the powers to call for an emergency sitting of the assembly.

The first motion to be voted on will be for the assembly to reaffirm its support for Pakatan Rakyat’s (PR) Datuk Seri Nizar Jamaluddin as the rightful mentri besar. The motion will be tabled by Titi Serong Pas assemblyman Khalil Idham Lim Abdullah.

If passed, the motion will contradict Sultan Azlan Shah’s decision to appoint BN’s Datuk Zambry Kadir as MB after rejecting Nizar’s request for the state assembly to be dissolved.

The second motion up for a vote will be to seek for dissolution of the state assembly and pave the way for fresh polls. The motion will be tabled by PKR assemblyman Chang Lih Kang.

If passed, this motion will throw up the question once again of whether the state ruler will even grant Nizar an audience as he now recognises Zambry as the MB.

Under the state constitution, the Sultan can use his discretion to decide whether to consent to dissolution of the state assembly.

Notices have been sent out to all assemblymen except for the mentri besar Datuk Zambry Kadir and the six BN state executive councillors. The seven BN members were recently suspended from the assembly for between 12 and 18 months.

Notices were also not sent to the three former Pakatan Rakyat (PR) assemblymen who are “friendly” to BN.

This means that if all PR assemblymen vote in favour, the two motions will be passed.

But Zambry has already stated he intends to attend any sitting of the assembly. This could turn the sitting into chaos as Sivakumar could order the BN man out of the assembly..
 

Source & comments: (at the moment, there is not any comment yet)
http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/19321-perak-speaker-calls-emergency-session-next-tuesday

Laman M@rhaen

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) – Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Continue reading