Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanahairku?

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.
12 Jamadil Awal 1431H.
Mr. President

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH – Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

“Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman,” katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

“Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka,” kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.

SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

  Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM – Cina Islam blogspot

Advertisements

Baru kami sedar, BN tidak minat bela rakyat

KOTA KINABALU, 18 April: “Sekarang kami baru sedar, BN memang tidak berminat untuk membela rakyat. Kami tertipu dan ditipu oleh para pemimpin BN,” kata seorang anak muda di Kampung Bakau, Likas yang mahu dikenali sebagai Jaidin.

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor menolak BN dan menyokong Pakatan Rakyat agar peristiwa yang menyayat hati di kampung itu baru-baru ini tidak berulang di Hulu Selangor.

Ini ekoran tindakan kejam Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri meroboh rumah-rumah penduduk setinggan di kampung itu yang amat menyayat hati dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh penduduk.

Tanpa belas kasihan, para pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama anggota Rela meroboh satu demi satu rumah penduduk yang rata-ratanya miskin dan daif bermula 12 April lalu yang dijangka berakhir 24 April ini.

Paling menyedihkan kakitangan DBKK dan Rela tergamak meroboh sebuah rumah ketika  penghuninya sedang menikmati juadah makanan mereka.

Tidak cukup dengan itu, orang-orang suruhan kerajaan BN ini telah merosakkan harta benda penduduk seperti barangan elektrik, perabot dan sebagainya.

“Selama ini saya dan keluarga setia menyokong Barisan Nasional tetapi kenapa ini balasan yang kami terima? Saya ada sembilan orang anak dan enam orang masih bersekolah. Rumah saya diroboh dan sekarang kami tidak tahu mahu tinggal di mana,” kata Nasron yang tinggal bersama keluarga di sebuah pondok sempit dan usang. (Gambar bawah)

Dengan nada sebak Nasron memberitahu: “Kami ini seperti tiada harga, dibuat macam binatang. Lebih teruk lagi daripada Yahudi. Kami dihalau tanpa bayaran pampasan satu sen pun. Saya disuruh ke Telipok Ria (perumahan rakyat) tetapi saya perlu membayar wang deposit sebanyak RM700.

“Itu belum campur kos pendawaian elektrik yang lebih kurang kosnya RM2,000. Manakala anak saya bersekolah di Kampung Likas, tambang seorang menjadi RM80 sebulan. Maka dengan enam orang anak kos tambang sekolah sudah mencecah RM480 yang mana saya sendiri tidak mampu sediakan semua itu”.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Bakau, Nasir Ahid penduduk telah mendiami di situ selama 30 tahun iaitu awal tahun 1980-an lagi.

Pada waktu itu, katanya penduduk yang berasal dari Semporna, Kudat dan Kota Marudu telah datang meneroka dan membina perkampungan di tanah paya seluas 23 ekar. Kesemua mereka  Bumiputera malahan pengundi Kampung Bakau saja berjumlah 3,000 orang.

“Pada masa itu, salah seorang ahli JKKK telah mempelawa saya membina rumah di sini dengan keluasan 30 x 40 kaki. Kebenaran yang diberikan membolehkan saya membina rumah untuk kami sekeluarga menumpang teduh dan meneruskan kehidupan,” kata seorang pesara polis yang tidak mahu dikenali.

Kini beliau telah bersara manakala isterinya bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji sebanyak RM17 sehari.

“Apabila kerajaan mahu meroboh rumah kami, saya tidak tahu mahu ke mana kerana saya tidak mempunyai tanah dan wang,” katanya.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Radin memberitahu: “Saya membuat panggilan kepada Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Jumat Idris untuk memohon bantuan kerana penduduk Kampung Bakau hidup kegelapan setelah pihak SESB memotong bekalan elektrik sejak Isnin lagi. Lantas Jumat menjawab ada baiknya juga hidup dalam kegelapan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan lagak sombong pemimpin Umno itu.

Robohnya rumah-rumah Kampung Bakau itu diiringi dengan tangisan dan hancur berkecainya harapan penduduk untuk terus menikmati kehidupan yang aman dan damai.

Suatu ketika dahulu, apabila menjelang pilihan raya, wakil rakyat Dun Karambunai sekarang, Jainab Ahmad telah memberi jaminan bahawa nasib penduduk kampung itu akan dibela dan dipertahankan.

Namun apabila rumah-rumah mereka telah ranap diroboh, wakil rakyat tidak muncul-muncul. Kini semuanya itu ternyata hanya janji-janji kosong belaka.

Azim Fitri – HarakahDaily

UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR

Jangan Qiaskan Umar dengan Zaid Ibrahim, tapi zaman jahiliyyah mereka hampir sama
UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR

Terlalu lama hidup Umar bin Al-Khattab dalam keadaan kufur; sujud kepada berhala. Beliau banyak menghabiskan masa dengan sujud kepada berhala yang bernama hubal.

Umar dilahirkan 13 tahun selepas tahun gajah yang merupakan tarikh lahir Rasulullah SAW. Dengan kata lain, Umar muda berbanding Rasulullah SAW selama 13 tahun.

Ketika Baginda SAW dilantik oleh Allah sebagai Rasul, Umar baru berumur 27 tahun, dan beliau memeluk Islam ketika beliau berumur 33 tahun. Beliau meninggal ketika berumur 63 tahun. Bermakna, 33 tahun beliau berada dalam kekufuran, dan 30 tahun beliau berada sebagai mukmin.

Di zaman kufur, Umar yang lebih muda berbanding nabi selama 13 tahun itu, sanggup berusaha membunuh nabi SAW. Beliau berjalan menuju ke rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk membunuh nabi, apabila mengetahui sudah ramai orang Quraish memeluk islam.

Begitujuga, kesadisan umar berada ditahap yang memuncak, apabila beliau sanggup menyeksa seorang hamba perempuan dari bani Mu’ammal, walhal Bani Mu’ammal salah satu qabilah Umar, iaitu Bani ‘Adi. Maha dahsyat seksa yang dikenakan itu, bermula dari waktu pagi sehingga waktu petang.

Apabila sampai waktu malam, beliau berhenti dari menyeksa hamba perempuan tersebut, tetapi perasaaan belas kasihan tidak wujud pada dirinya, sehingga sanggup dia mengungkap, “Demi Allah, aku berhenti menyeksa kamu kerana aku terlalu penat. Jika tidak, pasti aku akan terus menyeksa kamu”

Sebelum islam, Umar terlalu berusaha hendak menghalang adiknya yang bernama fatimah daripada memeluk islam. Namun, selepas memeluk islam, beliau bersungguh-sungguh berusaha agar manusia memeluk islam, waima kehilangan harta benda, pangkat, nyawa dan seluruh perkara yang beliau miliki. Beliau berubah total.

SETELAH MEMELUK ISLAM

Mengetahui kisah sebelum Umar memeluk islam, tidak dapat dibayangkan, betapa sadisnya kezaliman yang dilakukan. Pun begitu, setelah memeluk islam, perubahan pada dirinya amat ketara.

Jika dahulu, dia banyak melakukan kezaliman kepada orang yang memeluk islam. Tetapi setelah memeluk islam, beliau telah membuktikan bahawa islam adalah agama yang adil kepada semua manusia; tidak kira terhadap mereka yang muslim, mahupun non muslim.

Semua ini terjadi pada Umar, kerana berkat didikan Nabi SAW. Sikap nabi SAW terhadap Umar, penyebab Umar menjadi seorang insan yang cukup berguna kepada dakwah islamiyyah.

Dunia, sejak dahulu sehingga kini memuji keadilan sejagat yang ditunjukkan oleh Umar. Mana tidaknya, bukan beliau sahaja telah membuktikannya, malahan cicitnya yang bernama Umar bin Abdul Aziz juga telah membuktikannya juga.

Inilah Umar yang telah berjaya mencipta nama di dunia. Beliau mencipta nama atas prinsip Islam. kerana prinsip islam, dia meninggalkan jawatannya, waima jawatan beliau ketika itu lebih besar dan lebih bernilai dari segala jawatan menteri di Malaysia.

Jika beliau wujud dalam pakatan rakyat, inilah tokoh yang wajib dikehadapankan untuk menjawat jawatan perdana Menteri, malahan lebih daripada itu.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

2010? Hahaha!

Selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca setia blog ni! Sebagai memulakan coretan, ingin aku bagi satu soalan cepumas di awal tahun, adakah anda menyembah Allah yang sama di tahun ini? Hahaha

Opps, sebelum para jihadist ameno dan utusan malaysia mula berkumpul dalam blog ni untuk menyatakan iman mereka yang sangat tebal itu, aku cuma nak maklumkan bahawa aku melawak saja. Sama seperti mereka melawak jadi pejuang Islam sekarang ni. Hahaha sekali lagi.

So, apa yang menarik dan masih belum selesai pada 2009 yang bakal kita saksikan pada tahun 2010 ni? Pertamanya Perak masih lagi tergantung keputusannya. Ini bermakna, Md Zambri masih lagi MB separa haram. Tahun ini akan menyambung lagi wayang mahkamah dalam kes perebutan negeri antara rakyat dan ameno yang dibentengi oleh Sultan Perak yang sangat perihatin pada rakyatnya – selama mana rakyatnya adalah ahli seumur hidup ameno. Ampun Tuanku. Patik melawak saja. Hahaha!

Yang kedua, di mana RPK? Kes ini masih belum selesai tahun lepas. Polis dalam statement terbaru menyatakan RPK berada di hotel mewah di London. Mahkamah jugak dalam komen terakhirnya megkritik polis sebab tak boleh nak dapatkan RPK dan membuang masanya. RPK didakwa atas tuduhan menghasut. Apa yang dihasutnya, aku dah tak ingat. Sebab kat malaysiatoday.com, boleh dikatakan semuanya “menghasut” kalau diikut kamus ameno. Teringat game zaman kecik2 dulu, “Where in the world is Carmen Sandiago?”. Bagi aku, ada sedikit keraguan pada pihak polis kalini. Kalau daging anco bekecai dalam hutan pun mereka boleh cari, apa sangat yang hidup dan masih menulis? Hahaha, sekali lagi tabik cikgu, melawak saja!

Hah, apa cerita pulak budak dua ekoq yang letupkan Altantuya tanpa sebarang motif tuhari? Sudahkan digantung? Apa status rayuannya? Bila nak didengaq? Masih ingatkah kita pada kes nasional yang menggemparkan negara ini, sekalipun tidak disentuh tentang motif pembunuhan. Kalau aku jadi lawyer, aku akan kata anak guam aku gila sebab pendakwaraya lansung tak bangkitkan motif untuk kaitkannya. Dan orang yang buat kerja tadak motif adalah robot, atau gila. Dua ekoq tu pastinya bukan robot! Kalau kes ni masih berlansung dan kenyataan aku boleh ditafsirkan sebagai menghina mahkamah, hahaha, aku melawak lagi.

Enjin jet yang hilang lesap dan sekarang berada di beberapa buah negara juga masih lagi belum setel siasatannya. Terakhir, 4tahil kata tiada orang atasan yang terlibat. Kemungkinan besar perebet cabuk atau MP saja yang terlibat dalam mengusung enjin jet ni keluar dari tempatnya. Apa motif pegawai rendah mencuri jet yang besaq gedabak ni, pastinya tidak akan diceritakan. Akaun bank mereka juga pastinya tidak akan didedahkan. Silap2 muka mereka juga akan seiras dua ekoq peletup Altantuya tempohari, bertopeng penuh. Jalan cerita dah nak ke situ, TETAPI andaikata tilikan aku ini mengganggu siasatan, hahaha, sorry, aku bergurau saja.

Dan yang paling besar ialah kes Saiful vs Anwar. Ianya akan dibincangkan di mahkamah pada bulan Januari ini selepas diheret dari 2009. Budak yang tak reti sebut nama Allah dan tak reti besumpah dengan sempurna ini sibuk menayangkan gambaqnya kat Mekah masa zaman dulu2 seolah2 dialah manusia yang paling Islam sekali dalam Tanah Melayu. Kalau diikut laporan hospital, tiada kes yang boleh disabitkan. TETAPI, 4tahil kata ada. Bagaimana? Hanya <strike>Rosmah</strike> alam jin saja yang paham. Hahaha! Opps, jangan saman lagi. Melawak saja.

So, 2010 ini akan menyaksikan cerita2 lawak dari 2009 dibawak dan diwayangkan untuk kita semua sekali lagi. Dalam krisis ekonomi dunia yang tenat, dan tabung Petronas yang dah sejat, kita perlukan hiburan untuk mengubat luka di hati yang sakit, dan duit yang kurang di poket. RON (ROsmah Najib) merupakan duet terbaik di pentas lawak negara. Nothing much that we can do, so sit down, and enjoy the show.

Moga lawak tahun ini menjadikan rakyat lebih matang dengan tekad yang lebih kuat dalam membuat perubahan. Dalam masa yang sama, gelakkan juga diri kita 0sendiri. Sebab kitalah yang meletakkan badut2 tu sebagai pemerintah di Malaysia. Hahaha!!

Untuk memberikan komen / maklumbalas, sila ke:
http://jahilgoblog.net/?p=413
 

matkeri
 
http://www.jahilgoblog.net

Sumber Laman M@rhaen

‘Hati rosak’ punca politik gawat, organisasi lumpuh – Dr Azhar Yaakub

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) – Punca kerosakan di muka bumi, pergolakan politik dan sesebuah institusi serta organanisasi syarikat lumpuh adalah disebabkan oleh hati manusia yang telah rosak.

Pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakub berkata baik buruk mana-mana sikap dan tindakan individu mahupun organisasi yang besar ditentukan oleh hati malah ianya diambil kira dan dinilai oleh Allah swt di akhirat kelak.

Continue reading

Renungan: Sewa Kediaman PM Juga TPM Cecah RM27,545.80 Sehari, Tapi Rakyat Di Sik & Baling Kedah Menderita Pendapatan RM10 Sehari !!

SIK, KEDAH – Penoreh getah secara pawah di daerah Sik dan Baling yang menghadapi keperitan hidup berikutan kejatuhan merudum harga komoditi itu, merayu kerajaan agar segera membantu mereka. Getah sekerap di dua daerah itu dibeli oleh pemborong pada harga antara 70 sen dan 80 sen sekilogram sejak beberapa minggu lalu berbanding RM4 hingga RM5 sekilogram pada pertengahan tahun ini.

Continue reading