KELENTONG LAGI

TIPU JANGAN TAK TIPU

HARGA GAS ASLI DI MALAYSIA LEBIH MURAH BERBANDING JIRAN- meloya

PUTRAJAYA 30 Mei – Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding negara-negara jiran meskipun dengan kenaikan hari ini, kata Nor Mohamed Yakcop.

“Malah sebelum ataupun selepas kenaikan, harga Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70),” kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian selepas mengumumkan kenaikan harga gas asli daripada RM10.70 setiap juta unit termal British (MMBtu) kepada RM13.70 setiap MMBtu seiring dengan kenaikan harga tenaga global.

Beliau berkata, kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM133.45).

Nor Mohamed berkata, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menaikkan harga gas yang ia bekalkan kepada sektor elektrik dan perindustrian sebanyak RM3 seMMBtu setiap enam bulan mulai 1 Jun, 2011 sehingga Disember 2015.

Harga gas akan mengikut harga pasaran mulai 2016, kata beliau. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…ADA LAGI MALAON YANG BERI ALASAN INI… kah kah kah…

kah kah kah…GAS LEBIH MAHAL BERBANDING DENGAN SWEDEN… kah kah kah…

kah kah kah…GAS LEBIH MAHAL DI NORWAY… kah kah kah…

kah kah kah…MALAON INI MESTI BELUM BACA TUKAR TIUB… kah kah kah…

kah kah kah…KALAU DAH BACA JAMIN TAK AKAN BERANI BUAT HUJAH BODOH INI….. kah kah kah…

woit… BUAT LAH ALASAN LAIN…. kah kah kah…

kah kah kah..CARILAH IDEA BARU…kah kah kah..

woot… BILA NAK NAIKKAN HARGA MINYAK… kah kah kah…

kah kah kah..GUNAKAN BAHASA GERMAN BILA UMUM GAS NAIK HARGA…kah kah kah…

kah kah kah..ATAU GUNA BAHASA SWAHILI…kah kah kah..

woit…KENAPA TAK GUNA BAHASA ORANG BISU…kah kah kah…

kah kah kah…LAGI TAK ADA ORANG FAHAM…kah kah kah…

kah kah kah..BAGI ORANG KAMPOMNG TERPERANJAT…. kah kah kah…

kah kah kah… TETIBA SEMUA HARGA BARANGAN NAIK MENDADAK… kah kah kah…

Sumber Tukar Tiub 

kah kah kah… UNTUK SEDAPKAN CERITA..kah kah kah…

kah kah kah….. LEPAS HARGA BARANG NAIK BUAT PILIHANRAYA KE 13….kah kah kah…

kah kah kah…BARU TEST MARKET… kah kah kah…

kah kah kah… MANA YANG POPULAR …. kah kah kah…..

woit…..GEROMBOLAN POPULAR ATAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH TERUS…. kah kah kah..

Ucapan Dasar presiden fokus manifesto PRU 13

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menumpukan kepada manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Ustaz Hadi juga akan menjelaskan kaedah menawarkan ‘negara berkebajikan’iaitu manifesto yang dibawa parti itu pada PRU lalu.

Ianya juga termasuk tawaran terbaru Pakatan Rakyat iaitu tawaran 100 hari yang terkandung dalam Buku Jingga.

“Tentunya, ada beberapa agenda yang perlu dilaksanakan dalam mencapai maksud tersebut (negara berkebajikan), agenda untuk membetulkan pemikiran rakyat, membetulkan salah urus tadbir negara dan agenda untuk melaksanakan perubahan,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambah beliau lagi, ucapan dasar Presiden juga akan menyentuh mengenai pemerkasaan gerak kerja pilihan raya di setiap peringkat bagi menghadapi pilihan raya.

Ia juga berbentuk seruan kepada seluruh ahli agar mempersiapkan mental dan fizikal ke arah PRU ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“PAS  juga menggunakan ruang ini untuk memperkasakan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum.

“Seluruh jentera termasuk lajnah-lajnah dan dewan-dewan perlu digerakkan ke arah itu dan segala yang disampaikan menjurus ke arah konteks pilihan raya umum ke 13,” katanya.

Ustaz Hadi akan menyampaikan ucapan dasar ini selepas majlis perasmian muktamar PAS Pusat pada 3 Jun di Dewan Utama Kolej Universiti Islam Zulkifli Ahmad (KUIZM), Taman Melewar untuk dibahaskan perwakilan dewan-dewan dan setiap negeri.

Muktamar penuh akan berlangsung 2 hingga 5 Jun sementara muktamar Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. – Hazayani Zakaria

Sumber HarakahDaily

Pemilihan PAS paling bersih, harmoni

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding.

Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, ini kerana  pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihan raya.

Tambahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan.

“Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerak kerja ke arah PRU 13 nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, akhbar dan tv terutama yang menjadi tali hidung kepada Umno BN barang kali menunggu dan mencari isu-isu yang dirasakan boleh menggugat kestabilan parti dan kredibiliti calon-calon timbalan, naib presiden dan lain-lain.

“Alhamdulillah, tarbiyah PAS kepada pendokong jemaah dalam tempoh yang panjang dan berterusan menjadikan pemilihan PAS berjalan lancar dan cukup harmoni,” ujarnya.

Mungkin, katanya ada cakap-cakap tentang kecenderungan seorang kepada seseorang calon.

Namun, ujarnya ia adalah perkara biasa dalam sesebuah jemaah dan parti tetapi kecenderungan itu tidaklah sampai menjatuhkan yang lain dengan tidak beradab.

Tambahnya, ia boleh berlaku dalam parti sekular tetapi jika berlaku dalam parti Islam, maka ia amat asing.

“Alhamdulillah sekali lagi. Tiada calon terlibat dengan rasuah, skandal seks, menipu dan lain-lain perkara yang merobek kredibiliti,” tegasnya.

Ini, katanya tidak sebagaimana dalam pemilihan Umno terutamanya politik wang, calon dipalit dengan skandal seks, latar belakang peminum arak dan perasuah menjadi barah yang parah.

Tambahnya, ada akhbar yang cuba melihat pemilihan perwakilan PAS akan berdasarkan kredibiliti atau populariti tetapi ia adalah persepsi akhbar itu.

Tegasnya, pendukung PAS sudah diajar sebelum ini dan sekali lagi kepimpinan terus mengingatkan tentang tanggungjawab pemilihan di mana kesemua calon ada kredibiliti dan mereka juga popular.

Namun, katanya popular dalam PAS diajar oleh tarbiahnya bukan kerana mahukan populariti, tetapi kerana mereka terkehadapan dalam kerja-kerja al-amr bilmakruf wannahy anil-munkar, sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain, kerana itu mereka dicalonkan.

Beliau berkata, cuma fitrah manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan di mana kelebihan dalam satu aspek dan kekurangan dalam aspek lain tetapi kelemahan itu tidaklah menghilangkan kredibiliti dan kelebihan yang ada secara total.

Dengan kata lain, ujarnya perwakilan akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

“Rakyat, terutama masyarakat Melayu perlu sedar bahawa pemilihan dalam pucuk pimpinan PAS sekarang dalam muktamar yang akan berlangsung ini yang tenang, harmoni, telus, penuh semangat ukhuwwah, menyedari jawatan bukan kemuliaan tapi pertanggungjawaban inilah yang boleh menjadi petunjuk bahawa PAS mampu memimpin dengan ertikata sebenar, bukan sahaja orang Melayu, bahkan rakyat dan sebagai pemimpin negara bagi menggantikan Umno BN yang sudah lama korup itu,” ujarnya.

Sumber HarakahDaily

Melayu Pulau Pinang miskin sejak zaman BN lagi

KULIM, 29 Mei: Fakta dan kedudukan sebenar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh dipolitikkan kerana sememangnya orang Melayu adalah yang termiskin di negeri itu.

Namun begitu, ianya bukan masalah baru sejak diterajui oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu kerana telah berlarutan semasa BN menerajui kepimpinan negeri lagi.

Walau bagaimana pun sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, pelbagai usaha dilakukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar) berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena makan malam anjuran PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu malam tadi.

“Usaha bagi mengurangkan jumlah miskin tegar dilakukan oleh kerajaan negeri dengan mengunjurkan tambahan pendapatan supaya mereka yang berada dalam kategori ini mendapat pendapatan bulanan dari RM400 kepada RM500.

“Dalam tempoh setahun pembasmian ini telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010 yang lalu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi program ini,” ujarnya lagi.

Malah katanya, DAP tidak pernah mengamalkan sikap melampau atau cauvanis sepertimana yang didakwa oleh BN dan konco-konconya.

“Sempena cuti sekolah pada bulan Mei ini, DAP kawasan Komtar yang diterajui oleh saya sebagai wakli rakyatnya, turut menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai.

“Ini membuktikan bahawa persepsi yang cuba dibawa oleh Umno dan BN bagi menjebak kita sebagai parti perkauman dan rasis adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali,” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata, segala tohmahan dan serangan oleh Umno dan BN sebagai petanda bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Tindakan terdesak BN ini juga, katanya akan diteruskan selagi mereka tidak berjaya merampas kembali kedudukan kerusi yang telah hilang dalam pilihan raya 2008 yang lalu.

Sumber HarakahDaily – Fakhri Ali  

Muktamar PAS bakal lonjak semangat jihad

PARIT BUNTAR, 30 Mei: Muktamar Tahunan PAS ke-57 yang berlangsung pada 2 hingga 5 Jun ini akan melonjakkan semangat jihad semua petugas parti untuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Justeru, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim(gambar) ingin menarik perhatian mengenai beberapa persiapan yang sebaiknya dilakukan oleh perwakilan PAS seluruh negara sebelum mereka melangkah ke muktamar PAS tahun ini sebagai perwakilan bagi memenuhi amanah yang ditetapkan oleh kawasan masing-masing.

“Mungkin saya tidak selayaknya untuk memberi pandangan seperti di bawah namun paling kurang ianya memberi ingatan kepada diri saya sendiri,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau mengira semua perwakilan sewajarnya memastikan membawa setiap seorang atau sekurang-kurangnnya bagi setiap kawasan senaskah buku Perlembagaan PAS.

Ini, katanya penting sebagai rujukan semasa timbul kekeliruan sepanjang pengendalian sidang terutamanya sesuatu yang berkaitan dan peraturan yang sedia ada.

Menurutnya, membawa naskah perlembagaan parti setiap kali muktamar adalah sesutu yang sangat penting terutamanya semasa ada usul berkaitan dengan pindaan perlembagaan.

Perwakilan juga, katanya hendaklah membudayakan untuk mencatat perkara penting berupa usul, cadangan, amanat pimpinan dan sebagainya sepanjang tempoh muktamar berlangsung seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Kerana itu, katanya bahan catatan secukupnya hendaklah dibekalkan oleh panitia atau di bawa sendiri oleh setiap perwakilan.

“Khusus bagi perwakilan yang mengidap penyakit yang memerlukan rawatan pemakanan ubat secara rutin maka saya ingatkan supaya perwakilan yang terlibat untuk membawa bekalan ubatan secukupnya,” ujarnya.

Ini, ujarnya adalah untuk mengelak gangguan kesihatan dan menjejaskan prestasi kehadiran selama sidang.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, bagi yang ditugaskan sebagai pembahas bagi setiap negeri, dicadangkan adalah sebaiknya disediakan teks perbahasan supaya perbahasan pada muktamar lebih berkualiti dan menepati masa yang telah ditetapkan.

Tambahnya, perlulah diingatkan bahawa perbahasan tersebut menjadi perhatian dan dinilai oleh banyak pihak termasuk kawan dan lawan dan sekaligus meletakkan PAS sebagai parti yang lebih disegani dan dihormati dipersada politik tanah air.

“Semoga penginapan yang sepatutnya telah ditempah sekitar Taman Melewar dan Kuala Lumpur bagi memastikan kesihatan dan stamina perwakilan juga menjadi keutamaan.

“Akhirnya saya mengharap semua perwakilan dan pemerhati diberikan keselamatan oleh Allah SWT sepanjang perjalanan pergi dan balik dari muktamar,” katanya.

Sumber HarakahDaily