Parlimen hangat, bahas usul rujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR, 22 April: Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan ‘1Malaysia’ dengan ‘One Israel’.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dalam ucapannya mempersoal campur tangan Kabinet untuk mengheret Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campur tangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku itu.

“Hari ini adalah hari paling sedih di Parlimen,” katanya.

Beliau turut menyifatkan majoriti BN di Parlimen sebagai ‘majoriti hodoh, majoriti bodoh’.

Sebelum itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno/BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan APCO dan zionis Israel.

“Ini merupakan usaha terancang Umno untuk menghalang Permatang Pauh daripada terus mendedahkan mengenai penglibatan Malaysia dengan APCO dan Zionis Israel,” katanya.

Beliau juga berkata, usul itu seolah-olah cuba mempengaruhi dewan untuk menjatuhkan hukuman kepada Anwar.

“Bagaimana dewan sudah menghukum Datuk Seri Anwar sebelum beliau mengemukakan dokumen-dokumen penting mengenai dakwaannya,” katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar  yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.

“Saya tidak nampak di mana kesalahan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dalam ucapannya beliau sebut ‘pada 1999 APCO menasihati One Israel dan pada 2009 menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1Malaysia.

“Adakah kita nak nafikan bahawa Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri 1Malaysia? Memanglah beliau Perdana Menteri 1Malaysia, bukan 2Malaysia,” katanya disambut tepukan meja oelh wakil Pakatan Rakyat.

Justeru, Mahfuz mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu.

“Saya minta Padang Rengas menarik balik dan meminda usul ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di Batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Hazayani Zakaria – Harakah Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s