UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR

Jangan Qiaskan Umar dengan Zaid Ibrahim, tapi zaman jahiliyyah mereka hampir sama
UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR

Terlalu lama hidup Umar bin Al-Khattab dalam keadaan kufur; sujud kepada berhala. Beliau banyak menghabiskan masa dengan sujud kepada berhala yang bernama hubal.

Umar dilahirkan 13 tahun selepas tahun gajah yang merupakan tarikh lahir Rasulullah SAW. Dengan kata lain, Umar muda berbanding Rasulullah SAW selama 13 tahun.

Ketika Baginda SAW dilantik oleh Allah sebagai Rasul, Umar baru berumur 27 tahun, dan beliau memeluk Islam ketika beliau berumur 33 tahun. Beliau meninggal ketika berumur 63 tahun. Bermakna, 33 tahun beliau berada dalam kekufuran, dan 30 tahun beliau berada sebagai mukmin.

Di zaman kufur, Umar yang lebih muda berbanding nabi selama 13 tahun itu, sanggup berusaha membunuh nabi SAW. Beliau berjalan menuju ke rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk membunuh nabi, apabila mengetahui sudah ramai orang Quraish memeluk islam.

Begitujuga, kesadisan umar berada ditahap yang memuncak, apabila beliau sanggup menyeksa seorang hamba perempuan dari bani Mu’ammal, walhal Bani Mu’ammal salah satu qabilah Umar, iaitu Bani ‘Adi. Maha dahsyat seksa yang dikenakan itu, bermula dari waktu pagi sehingga waktu petang.

Apabila sampai waktu malam, beliau berhenti dari menyeksa hamba perempuan tersebut, tetapi perasaaan belas kasihan tidak wujud pada dirinya, sehingga sanggup dia mengungkap, “Demi Allah, aku berhenti menyeksa kamu kerana aku terlalu penat. Jika tidak, pasti aku akan terus menyeksa kamu”

Sebelum islam, Umar terlalu berusaha hendak menghalang adiknya yang bernama fatimah daripada memeluk islam. Namun, selepas memeluk islam, beliau bersungguh-sungguh berusaha agar manusia memeluk islam, waima kehilangan harta benda, pangkat, nyawa dan seluruh perkara yang beliau miliki. Beliau berubah total.

SETELAH MEMELUK ISLAM

Mengetahui kisah sebelum Umar memeluk islam, tidak dapat dibayangkan, betapa sadisnya kezaliman yang dilakukan. Pun begitu, setelah memeluk islam, perubahan pada dirinya amat ketara.

Jika dahulu, dia banyak melakukan kezaliman kepada orang yang memeluk islam. Tetapi setelah memeluk islam, beliau telah membuktikan bahawa islam adalah agama yang adil kepada semua manusia; tidak kira terhadap mereka yang muslim, mahupun non muslim.

Semua ini terjadi pada Umar, kerana berkat didikan Nabi SAW. Sikap nabi SAW terhadap Umar, penyebab Umar menjadi seorang insan yang cukup berguna kepada dakwah islamiyyah.

Dunia, sejak dahulu sehingga kini memuji keadilan sejagat yang ditunjukkan oleh Umar. Mana tidaknya, bukan beliau sahaja telah membuktikannya, malahan cicitnya yang bernama Umar bin Abdul Aziz juga telah membuktikannya juga.

Inilah Umar yang telah berjaya mencipta nama di dunia. Beliau mencipta nama atas prinsip Islam. kerana prinsip islam, dia meninggalkan jawatannya, waima jawatan beliau ketika itu lebih besar dan lebih bernilai dari segala jawatan menteri di Malaysia.

Jika beliau wujud dalam pakatan rakyat, inilah tokoh yang wajib dikehadapankan untuk menjawat jawatan perdana Menteri, malahan lebih daripada itu.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s