Anwar akan saman, jika Anifah tidak mohon maaf

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) – Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.

Continue reading

Advertisements

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) – Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo’Lo’ Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

AHLI JAWATANKUASA KERJA

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan
_

Pas MUNAFIK ? (update)

Malam tadi baca Yaasin lagi. Itu untuk kekanda Sultan. Habis baca Yaasin, terus dengan majlis tahlil untuk arwah ibubapa wak pulak di masjid. Malam tadi juga ada tamu istimewa datang ke majlis wak. BERG !! Terima kasih kerana sudi datang dan jumpa wak buat pertama kali walaupun dalam hujan dari USM Penang. Sori Berg..hang kena jumpa wak di masjid, bukan di meja hotel 5 bintang..wakakaka..!! Wak tanya, aduka tak ikut sekali ker? Tak ! katanya. Pasal apa ? Dia ada hal kena settle kat Gunung Semanggol. Wak bantai gelak..wakakaka..!! Ini mesti hal jin peliharaan tak cukup makan. Wak tanya, dia ada cakap ker asap rokok apa yg dia nak bagi kat jin dia ? Kalau setakat asap rokok gulung, buang karan ajer.. kurang-kurang pun Dunhill 2o batang sekatun..baru betul mantap !

Ini Pendirian Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Berikut adalah Pendirian serta Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada 14 Mei 2009 menyentuh tentang keadaan politik di Perak dan sedikit sentuhan terhadap apa yang berlaku di Myanmar.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut:

Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang

Lim Kit Siang

sumber laman Kerajaan Rakyat

Berpuluh Ribu Ahli UMNO Lembab Minda

Kalau di sekolah sekiranya terdapat penuntut yang lambat atau lembab menerima pelajaran yang diberikan maka penuntut itu akan ditempatkan di kelas khas. Penuntut seperti ini dikhaskan di kelas ‘lembam’. Saya bicara hal ini kerana saya seakan yakin 60,000 ahli umno yang menjadi anggota jentera penerangan umno adalah bekas penuntut yang ditempatkan di kelas ‘Lembam’ ini.

Continue reading

Anggota UTK Terlibat Pula Jenayah Rompakan Berkumpulan !

Eksklusif: Integriti Polis Semakin Terhakis Gara-Gara Double Standard Dan Terbaru Anggota UTK Terlibat Pula Jenayah Rompakan Berkumpulan !

KUALA LUMPUR [1.00 pm] – Nampaknya apa yang dilakukan oleh pegawai polis UTK dalam kes Altantunya Shaaribuu kini sudah dijadikan tauladan oleh rakan-rakan yang lain. Kini anggota polis Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap pertuduhan merompak secara berkumpulan, April lalu. Sabaruddin Harun, 32; Ahmad Razi Abd Talib, 27; dan Aminuddin Salim, 28; yang kini digantung tugas, didakwa merompak lapan unit telefon bimbit pelbagai jenis, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, dan seutas rantai tangan perak. Terdapat seramai lapan orang mangsa yang berumur antara 16 dan 40 tahun dan di antara mereka ada yang bersaudara dan ada yang masih belajar. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 115, Jinjang Selatan Tambahan, Sentul, pada jam 11 malam, 11 April lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan dengan kesalahan itu.

Continue reading

Selamat Hari Guru

Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari Blog ini,kami AJK PAS Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan “SELAMAT HARI GURU”.

Semuga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.