Keluar beramai-ramai dan undi calon Pakatan Rakyat – Nik Aziz

PENANTI, 28 Mei (Hrkh) – Musyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak semua rakyat di Penanti sekali lagi memberikan sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12, Dr Mansor Othman kerana kemenangan begitu penting demi kemajuan negeri.

Tanpa kemenangan sukar calon yang diamanah meneruskan agena yang menjadi prinsipnya sewaktu berkempen dan membantu Ketua Menteri dalam urusan pentadbiran serta memperkenakan beberapa strategi membantu meningkatkan hasil negeri.

“Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, KeADILan, DAP, Umno dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri sokongan pada Dr Mansor. Biar Pakatan Rakyat menang untuk membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna,” katanya semasa berceramah di Kampung Guar Jering, Bukit Mertajam semalam.

Jangan sekali-kali terjerat dengan dakwaan mengatakan ridak payah turun mengundi berikutan sudah menang tanpa cabaran Barisan Nasional (BN) sebaliknya bertekad daripada hari ini lagi untuk terus menjatuhkan BN, katanya.

Kezaliman BN katanya tidak boleh dilupakan begitu sahaja kerana ia masih mengekalkan akta yang menjadi pelindung pada mereka.

“Buatlah keputusan dengan mengekalkan sokongan pada Pakatan Rakyat. Jangan ubah atau keliru dengan serangan halus BN supaya rakyat tidak turun mengundi. Bila kita ikut pasti kita kalah,” terangnya dalam program anjuran Jentera Daerah Mengundi (JDM) Guar Perahu.

Dato’ Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyeru mana-mana parti supaya bersama Pakatan Rakyat asalkan mempunyai titik persamaan dalam sesuatu isu.

Sejak kebelakangan ini keretakan berlaku pada BN di mana banyak parti komponen telah berani bersuara terutama di era kepimpinan Tun Abdullah berbanding Tun Mahathir dan kini Dato’ Seri Najib terpaksa membendung daripada parah.

Pertikaman lidah berkaitan kemelut di Perak katanya, juga terdapat perbalahan apabila MCA dan Gerakan mahukan ia diselesaikan dengan menyerah mandat pada rakyat semula tetapi Umno tidak setuju bimbang rakyat menghukum parti tersebut.

Begitu juga dengan PPP yang kini berpecah dua dan mempunyai dua Presiden.

Mohd Sabri Said

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s