Anwar cabar kesahihah pemecatan TPM di Mahkamah Rayuan esok

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan rayuan bagi didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar atas fakta yang diberikan beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.

Bagaimanapun Anwar memfailkan saman terhadap TMahathir berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Anwar berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Anwar mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.

Sebelum itu saman beliau diketepikan, justeru beliau mengemukakan rayuan, dan akan didengar hari Khamis (esok, 21 Mei 2009) mulai jam 9.00 pagi. _ Wan Nordin Wan Yaacob

Advertisements

Ustaz Azizan tarik diri bertanding Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) – Dato’ Seri Azizan Abdul Razak mengambil keputusan menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar Pas awal Jun ini.

Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya itu memberitahu keputusannya disebabkan mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Menurut laman web Muktamar55.pas.org.my beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menyatakan kesediaannya untuk bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (AJK) yang disandangnya sejak lebih 10 tahun.

Azizan antara lima orang yang dicalonkan bertanding, melepaskan peluang jawatan tersebut kepada mereka yang lebih layak dan lebih muda untuk memimpin PAS di peringkat nasional.

Manakala dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Dua lagi yang dicalonkan ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa. – azm _