Sikap, tindakan Umno lebih buruk daripada Cheng Peng

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Cheng Peng yang sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat.

Tambahan lagi sekarang ini terlalu banyak isu dan skandal terpaksa dijawab oleh kepimpinan negara maka tiada jalan lain untuk beralih kepada isu kepulangan Cheng Peng untuk dijadikan sasaran.

“BN mainkan isu Cheng Peng untuk tingkatkan kemarahan rakyat tanpa mereka sedar tindakan merampas Perak dengan cara tidak beradab dan membelakangkan demokrasi lebih teruk daripada Cheng Peng,” ujarnya ketika berceramah di Kubang Semang semalam.

BN hendak mainkan isu ini semata-mata untuk membangkitkan soal perkauman dan menimbulkan pandangan serong terhadap pembangkang yang menggangap isu ini sebagai isu kemanusiaan, katanya.

Menurut Anwar, jika BN sanggup meningkatkan kemarahan rakyat tentang isu Cheng Peng kenapa pada masa yang sama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pula mengadakan lawatan ke China yang merupakan ‘bapa komunis’.

Sepatutnya isu Cheng Peng itu tidak dimainkan untuk tujuan itu kerana yang perlu ditangani segera ialah kembalikan hak kepada rakyat di Perak supaya kestabilan dibina semula demi pembangunan negeri dan rakyat, jelasnya.

“Bila keadaan di Perak tidak stabil macam mana pelabur nak datang. Siapa yang rugi bukan sahaja kerajaan malahan rakyat yang paling menderita,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menyentuh mengenai pengundian di Penanti Anwar berkata, beliau yakin rakyat N12 Penanti tidak berubah haluan sokongan pada Pakatan Rakyat kerana calon bebas tidak mempunyai agenda membantu rakyat sebaliknya suka-suka atau mencari publisiti murahan.

Justeru, semua petugas sama ada daripada KeADILan, PAS dan DAP harus menjalinkan usahasama yang lebih padu untuk memastikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. – mns_ Mohd Sabri Said

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s