Pimpinan Umno Gusar Berhadapan Dengan Rakyat Perak

Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan pagi tadi yang mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar bukannya Menteri Besar Perak yang sah. Umno sedang kuat mencengkam segala institusi agar memenuhi hasrat mereka untuk terus kekal berkuasa. Pimpinannya sanggup melenyapkan siapa dan apa sahaja yang menghalang mereka. Namun yang pasti mereka tidak berani berhadapan dengan rakyat.

Hanya mereka yang sudah usang dan sebati dengan kezaliman sahaja menyanggupi serta gembira dengan tindak tanduk kerajaan sekarang.

Kepada mereka yang mahu terus hidup mengabdi kepada kekuasaan, silakan, nikmatilah segala laba yang dihamburkan selagi masih berpeluang. Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Hakim Negara bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat!

Saudara saya rakyat Malaysia sekalian, ini bukannya masa untuk berputus harap. Ini adalah waktunya kita menggembeling daya dan upaya kita untuk membawa Perubahan. Teruskan usaha membawa getar Perubahan ini di segenap pelusuk desa dan bandar. Tidak ada dolak dalih lagi, nyatakan dengan penuh keyakinan bahawa Perubahan ini demi kemaslahatan semua.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/2010/02/10/pimpinan-umno-gusar-berhadapan-dengan-rakyat-perak/

Sumber Laman M@rhaen

Advertisements

Ribuan Juta Wang Rakyat Dimusnahkan Oleh UMNO/BN

UMNO sejak zaman pemerintahan Mahathir Mohamad telah membazirkan berbillion ringgit wang rakyat apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dilaksanakan pada 2003. Dasar PPSMI jelas satu dasar yang amat silap dan lebih kepada agenda memberi keuntungan kepada para kroni.

– Bekal Laptop ke sekolah = Ada menteri jadi jutawan
– Bekal perisian =  Ada menteri jadi hartawan
– Service computer = Ada kroni kaut keuntungan
– Sediakan latihan = Ada induvidu sedut komisen

Continue reading

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA. – mks._