Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya

IPOH, 27 Mei : – Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.


Dalam temubual tersebut, Dato’ Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat ?racist? dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato’ Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.

“Sifat kepura-puraan Dato’ Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

“Pemuda PAS Perak mencabar Dato’ Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara ‘gentlemen ilmu’ bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

“Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN,” tegasnya. Harakahdaily.

 

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s