”
Ketiganya, penolakan dan perletakan jawatan dalam Kabinet baru PM amat mendukacitakan PM. PM seolah-olah menjadi bahan pencacai, segala cakap PM dipandang sepi oleh ahli-ahli Umno/BN itu sendiri.Jika dulu semua mereka berebut-rebut untuk menyandang jawatan tetapi ia berlaku sebaliknya. Kenapa berlaku? Inilah kuasa rakyat.
Keempatnya, rakyah maha benci kepada Umno dan BN, amat benci kepada media yang tidak telus dan berat sebelah, amat benci kepada rasuah dan penyelewengan kuasa Umno dan BN, amat benci kepada menantu PM, amat benci kepada TV3, amat benci kepada kebiadapan Umno menentang Sultan…………. malah rakyat benci segala-galanya kepada Umno dan BN.
Banyak sebab jika hendak dikronologikan….yang pastinya memang rakyat menolak PM, menolak Umno danBN.Pari Gerakan juga mencadangkan semua parti dalam BN dibubarkan dan membentuk satu parti sahaja bernama BN…maka hancurlah Umno….masuk muziumlah Umno….ke mana ahli-ahli Umno hendak pergi kelak?
Bagaimana Anwar akan ke Putrajaya? Ini akan berlaku jika terdapat 30 Ahli Parlimen BN menyeberang dan menyokong BA. Maka disaat itu BA ada 112 kerusi manakala BN hanya tinggal 110 kerusi, maka pastilah kerajaan akan bertukar scara automatik. Soal Anwar kena bertanding dalam mana-mana Parlimen, itu hal kecil sebagai pelengkap ke Putrajaya sahaja.
Pertamanya, BA menerima kemasukan 30 AP dari BN. Carabagaimana janganlah ditanya, yang pastinya usaha ke arah itu semakin menjadi kenyataan kini. Perletakan jawatan dan penolakan jawatan menjadi trend kepada mereka.Hal ini berlaku kerana keyakinan mereka kepada BA untuk mentadbir Malaysia, itulah yang terdetik dihati mereka,tidak percaya tanyalah mereka.
Keduanya, kegawatan yang berlaku dalam Umno dengan masalah di Perlis dan Terengganu bersama pihak Sultan, kegarangan Ku Li ingin mencabar Pak Lah sebagai Presdien Umno,masalah Wanita, masalah menantu PM, dan lain-lainya akan menjadi sebutan dalam 100 hari ini. Hal ini akan menyebabkan rakyat rasa membenci ke atas parti penting dalam BN ini. Hatta para pemimpin mereka sendiri juga akan keluar BN untuk bersama BA mentadbir Malaysia, kita tunggulah kebenaran episod ini.
Ketiganya, dalam tempoh 100 hari ini juga, 5 buah negeri yang diperintah BA akan menunjukkan prestasi yang terlampau baik kerana tiada bandingan dengan negeri-negeri diperintah BN> P.Pinang dan Perak telah menghapuskan kompaun parking,Kedah menurunkan cukai tanah dan pintu, Selangor pula memberi air percuma kepada rakyat sebanyak 20 meter padu pertama, maka apa yang dibuat MB dan KM Umno di negeri mereka? Kenapa tak berani membuat sepertimana di negeri2 ditadbir BA? Akhirnya rakyat akan menilai….oooooooo…alangkah bagusnya BA, kenapa tidak mentadbir Malaysia sahaja? Di saat itu laluan Anwar ke Putrajaya semakin laju.
Keempatnya, saya berkeyakinan BA hanya perlukan 15 orang sahaja Ali Parlimen menukar fikiran kepada BA.Apabila ini dapat direalitikan……….. maka segerombolan AP dari BN dijangka melebihi 15 orang lagi akan secara automatik menyeberangi BA. Percayalah, mereka-mereka ini sudah pastinya akan menyelamatkan diri masing-masing kelak. Adakah Anwar akan menerima Zahid Hamidi? Hanya beliau yang boleh menjawab.
Perjalanan ini ada 80 hari lebih lagi…..kita nantikanlah bersama… Perancangan strategi yang bertekad kepada aspirasi rakyat akan kembali hasilnya kepada rakyat. Salam perjuangan.
“