Mengapa pengundi Cina tak sokong BN lagi??

a
Saya mempunyai ramai kawan-kawan Cina yang mengundi PAS dan tidak BN. Sebagai seorang Cina sendiri, saya ada bertanya mereka, mengapa mereka memilih PAS sedangkan PAS mempunyai objektif untuk menubuhkan Negara Islam dan mengimplementasikan undang-undang Islam yang boleh dikatakan “membimbangkan” mereka seperti hukum hudud.

Mereka berkata – “If compared to UMNO, PAS at least is more moderate than the extreme UMNO. It is only UMNO that will destroy temples (which provokes the Indians recently), it is also UMNO who will “snatch the body” of the dead away from non-Muslims during their funeral, it is also UMNO that will stop the construction of places of worship e.g. the Goddess of Mercy in Sabah, it is also UMNO who will ban publications of the Christian newsletters. While UMNO tries to champion Islam to gain popularity, they have ultimately hurt the feelings of the non-Muslims. PAS will never do such thing. Where have we heard PAS will do such extreme acts. At least PAS RESPECTS THE RIGHTS of non-Muslims.”

Selepas kata mereka, ia membuat saya berasa betul juga kata-kata kawan-kawan Cina saya. Masyarakat Cina di Kelantan tidak terasa tertindas di bawah pimpinan PAS di Kelantan. Kuil Cina dan tempat-tempat beribadat masyarakat bukan Islam dibenarkan – malah mempunyai sokongan dari kerajaan PAS. PAS, dengan kata lain lebih baik daripada UMNO.

Tambahan pula, sejak orang kuat UMNO seperti Hisamuddin yang “wave keris” atau mengangkat keris tinggi-tinggi, is telah “offended” orang Cina. UMNO beruk itu menyatakan budaya melambai dan mencium keris itu adalah budaya Melayu selepas MCA dan Gerakan menyuarakan ketidakpuasan mereka. Apa yang memusykilkan fikiran ialah mengapa MCA dan Gerakan berdiam dan senyum dan berkata “Oh, now we know it is Malay culture. And we understand now..”

My foot! Kerana MCA dan Gerakan tidak lantang menyuarakan hal ini, pengundi Cina terus menyuarakannya di peti undi! Saya ada bertanya kawan-kawan Melayu saya, “Adakah ia benar mencium dan melambaikan keris itu budaya Melayu?” Guess apa mereka kata? Ya, kalau pergi perang!!!! Ini samalah seperti apa yang dibuat oleh Hang Tuah dalam menghadap Sultan sebelum ia pergi berperang dengan Hang Jebat dan juga Mat salleh masa silam!

Dengan erti kata lain, pengundi Cina tidak dapat memaafkan beruk UMNO itu yang melambaikan keris dan berbau sentimen perkauman dalam ucapannya! Oleh itulah, tidak hairan mengapa ramai pengundi Cina memilih PAS untuk memberi hukuman kepada UMNO atas perbuatan mereka yang ekstrim,

Secara ikhlas, ingin saya katakan kalau dulu, saya mempunyai syak wasangka terhadap PAS, kini saya mula dapat menerima PAS sebagai sebuah parti yang menghormati hak masayarakat bukan Islam. Kalaulah kawasan ku ada PAS DAN BARISAN NASIONAL, saya juga akan turut mengikut kawan saya mengundi PAS….


Tan
Oleh DAPman

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s