Khairi, bukan Mahathir yang Menjadi Duri Dalam Daging

a
Apabila Mahathir keluar dari umno , dengan pantas kilat, Musa Hitam pembunuh orang kampung Memali bangkit dan menuduh Mahathir sebagai Duri dalam Daging. Ini mungkin hadiah balas Musa kepada Dollah kerana melantiknya sebagai orang kuat projek Wilayah Iskandar, projek Batu Putih kedua Malaysia. Kita merenung sejenak siapa sebenarnya duri dalam daging dalam umno.

Sebenarnya bukan Mahathir tetapi Khairy adalah duri dalam daging UMNO. Khairy adalah budak jaga lembu semasa Mahathir memerintah namun apabila mertua nya memerintah beliau menjadi budak angkuh yang menggunakan kuasa politik mertuanya dengan semaksima demi mengayakan dirinya, keluarga Dollah dan kroninya.

Keangkuhan Khairy mengalahkan keangkuhan ramai pemimpin angkuh lain dalam umno walaupun Khairy masih berperingkat anak kecil dalam politik. Walaupun menjadi duri dalam daging, pemimpin pertengahan umno terus menghormati Khairi. Ini samalah sikap play safe Dollah semasa mahathir. Mereka samalah saperti semut merah yang sentiasa mencari gula dan mereka akan mengerumuni pemberi gula tidak kira siapa dan sekarang pemegang bekas gula ialah Khairy atas izin Dollah. Sebab itu lah kita rasa kemasukan Ezam dalam umno adalah lebai malang kalau Ezam hanya menjadi barua Khairy yang sangat terdesak untuk survive di zaman pemerintahan Najib nanti.

Saya merasakan Ku Li akan tewas dalam perlawanan dengan Dollah kerana orang UMNO memang dari zaman berzaman ibarat semut merah saperti saya sebut di atas. Kalaulah sehebat Mahathir mereka tidak kesah dan ikut nya kerana Mahathir tiada gula atau duit maka inikan pula Ku Li yang tidak mempunyai apa apa. Ku Li tidak saja mempunyai duit malah turut tidak mempunyai kecerdikan untuk memimpin umno. Mungkin umno kelantan saja yang menyokong Ku li atau mungkin orang bekas semangat 46 dahulu. Oleh itu jika Dollah sudah mahu melepaskan kuasanya, sudah tentu Najib yang akan menjadi PM bukan Ku Li.

Walaupun isu kapal selam dan kes Atantuya di gunakan dengan secara maksima oleh Anwar dan DAP namun oleh kerana ia dalam pembicaraan maka Najib masih di anggap bersih oleh makhamah dan juga di anggap bersih oleh orang ramai. Masaalah isterinya bermewah tidak akan menjadi masaalah kerana ramai isteri datuk dan menteri lain pun kaki mewah .

Isu bertambah kronik kalau Dollah tidak mahu melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada Najib. Di sinilah perlunya kebijaksanaan Ezam kerana Ezamlah menjadi harapan orang UMNO di bawah untuk menukar UMNO kepada bentuk yang kurang korup dan salah guna kuasa. Jika Ezam play safe dan menjadi budak gembala kambing Dollah maka Dollah akan suruh Ezam jadi barua Khairy dan menggunakan Ezam untuk terus mengekalkan Dollah mertuanya menjadi PM. Ini adalah kerana tanpa mertua, Khairy akan hancur sehancur nya.

Jadi berbalik kepada siapa duri dalam daging sebenar. Ianya Khairy Jamaludin bukannya Mahathir. Mahathir mungkin gopoh sedikit oleh kerana terlalu marah dia pada Dollah. Khairy lah DURI besar nya dalam daging yang memburuk, menanah dan membenkak. Senarai piliharaya PRU12 adalah hasil kerja tangan khairy dan Dollah lah PM lemah yang mengizinkan menantunya merancang dan mengawal semua. Khairy merasa yakin menjadi PM bukan kerana dia sebagai menantu malah beliau turut di ramal oleh blogger saperti Raja Petra. Raja Petra kalau tak silap saya meramal, Khairy adalah PM termuda di Malaysia dimana beliau di jangka menjadi PM sebelum umur 40. OOOi apa lagi, bertambah yakin lah mamat tu nak meneruskan kegiatan jahat politik nya tambah tambah lagi politik itu duit, duit, duit.

” – Oleh ahmadhadeed
Petikan drp TranungKite

Leave a comment