Mereka sedang seronok !

Lihatlah keseronokan ahli-ahli UMNO ini. Mereka sedang seronok dan gembira. Seronok kerana barang-barang dapur mereka akan naik tidak lama lagi. Mereka seronok mendengar Najib selaraskan harga. Mereka turut seronok kerana subsidi dikurangkan.

Kepada yang mahu seronok dengan ahli-ahli UMNO ini, sila undi BN lagi. Undi sampai sengal. Undi sampai papa kedana. Biar telanjang, undi tetap untuk BN. Bodoh !

Rakyat Malaysia dari golongan tua sesetengahnya bersetuju dengan kenyataan PM yang mengatakan kenaikkan harga petrol, diesel,gas dan gula semalam tidak membebankan rakyat. Itu pandangan sebahagian golongan tua. Pada pandangan golongan muda , mereka merasakan kenaikkan harga barangan tersebut sangat-sangat membebankan mereka.

Golongan tua yang terpengaruh dengan hidup ‘Zon selesa’ mereka sekadar menghabiskan usia mereka dengan tidak merasakan kesan kenaikan harga barang. Tanggungan mereka sudah tiada. Anak-anak sudah dewasa dan bekerja sendiri. Hutang rumah dan kereta sudah dilangsaikan. Dengan wang pencen atau wang KWSP yang ada pun sudah cukup untuk hidup.

Golongan muda tidak harus berfikiran seperti golongan tua ini. Perjalanan masih jauh. Kereta mesti dibayar bulanan. Rumah mesti dicari untuk isteri dan anak-anak. Susu, lampin pakai buang dan perbelanjaan sekolah wajib disediakan setiap hari. Barang dapur hendaklah dipenuhi.

Perjalanan kita masih jauh. Ayuh orang muda buatlah perubahan. Tukar kerajaan ‘Barang Naik’ kepada kerajaan Pakatan Rakyat(PR). Kerajaan PR telah mengambalikan hak rakyat dengan memberikan air percuma 20meterpadu di Selangor, penurunan cukai tanah di Kedah, caj air yang termurah di Pulau Pinang dan bukti pembelaan rakyat oleh Kelantan sejak 20 tahun memerintah.

Perubahan tidak boleh berlaku sendiri. Ianya mesti diusahakan . Ayuh pemuda pastikan diri anda sudah mendaftar sebagai pengundi untuk menjatuhkan kerajaan ‘Barang Naik’ dalam pilihanraya ke-13 akan datang. Segeralah ke pejabat pos atau pejabat SPR untuk mendaftarkan diri. Jangan asingkan diri anda dengan semangat perubahan. Anda mampu mengubahnya.

(*) sumber asal dari blog DPP Rompin – Albanjari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s