Mayat dan Iktibar – Bouncer rebah di riba GRO

Siapa yang tidak kenal hamid (bukan nama sebenar). Tubuh sasa, dada bidang dengan bulu lebat di dada. Berkulit putih cerah. Biarpun tidak tinggi macam Arnold Schwarzenegger, tapi rangka tubuhnya mantap seperti hero Terminator pujaannya. Hamid sekadar tamat SRP, namun rezekinya lebih hebat dari rakan2nya yang ada degree. Punya kereta mewah ratusan ribu. Hebat dan bergaya.
Sebut saja nama Hamid, tokey niteclub, pub mana yang tidak kenal. Beliau ‘kepala’ kepada bouncer. Dibawahnya saja hampir ada 30 orang bouncer. Dan kerana statusnya itu, hamid mampu menikmati kehidupan mewah dan eksklusif.

Hampir 70% kelab malam di bandaraya itu dijaga oleh bouncernya. Tidak hairan jika hamid sering dikelilingi pula dengan wanita-wanita yang seksi dan mengiurkan. Lebih-lebih lagi dengan sasa tubuhnya pasti jadi idaman wanita kelab utk mendampinginya setiap masa.

Betul-betul hamid berada di puncak syurga dunia. Syurganya yang dipenuhi dengan limpahan arak, wanita dan lendir-lendir nafsu.

Siri 4 : Bouncer rebah di riba GRO

Lebih kurang 3 tahun yang lalu terpahat kenangan dan pengalaman saya yang masih segar terpahat di jiwa apabila saya diminta untuk menguruskan jenazah seorang lelaki yang tidak saya kenali.

Tanpa ada syak dan ragu saya tampil memenuhi permintaan ahli waris yang menghubungi saya bagi menguruskan jenazah tersebut kerana sudah menjadi tanggungjawab saya apabila ada orang yang meminta bantuan untuk menguruskan jenazah, walaupun ia sebenarnya adalah fardhu kifayah sahaja namun menjadi wajib kepada mereka yang diminta untuk menguruskannya sehingga sempurna.

Pagi itu ketika saya sampai di bilik pengurusan jenazah, seperti biasa saya akan mendapatkan mayat yang sudah terbujur kaku diatas platform mandi. Ini penting untuk kerja-kerja mengukur bagi mendapatkan ukuran jenzah dengan tepat sebagai persediaan menyediakan kain kafan.

Umumnya pada pagi itu jenazah tersebut tampak kelihatan seperti biasa sahaja. Tanpa lengah saya terus melakukan kerja-kerja memotong kain kafan dan membuat persiapan yang selayaknya kepada jenazah tersebut di bilik sebelah.

Hampir 15 minit kerja2 menyediakan kain kafan selesai disudahkan. Kini saya kembali semula ke bilik mandi jenazah untuk proses seterusnya. Jenazah ketika itu masih berpakaian rapi, dengan t-shirt yang ketat dibalut pula dengan kameja mahal.

Sebenarnya agak sukar kami mahu menanggalkan pakaian dari tubuhnya. Ini kerana tubuh mayat ini telah mengeras. Jika dikira tempoh masa kematian mayat ini tidak sampai pun 8 jam, tetapi mengapa keras benar, selalunya tidak begitu..fikir saya dalam hati. Tiada pilihan lain, pakaiannya termasuk baju dan seluar terpaksa digunting.

Setelah saya tanggalkan pakaian jenazah tersebut saya dapati ada bau yang kurang menyenangkan mula menusuk-nusuk rongga hidung. Baunya sungguh tidak menyenangkan. Saya belek setiap anggota jenazah tersebut untuk mencari punca bau itu keluar namun saya yakin ia keluar dari dubur jenazah tersebut.

Kini jenazah ini siap saya balutkan dengan kain putih antara bawah dada hingga bawah lututnya sebagai kain basahan. Ia adalah proses biasa bagi saya ketika sampai diperingkat untuk memandikan.

Tiba-tiba sahabat saya memberitahu, “ustaz….tengok ni..! ” sambil jari tangannya mengarah kebahagian dada jenazah tersebut. ” Subhanallah ” saya lihat dadanya tiba-tiba menjadi lebam dan berubah kehitam-hitaman. Jika sebelum ini ketika menanggalkan pakaian jenazah tadi tidak pula kelihatan kesan lebam di dada mayat itu. Tiba-tiba sahaja dadanya menjadi hitam.

“ustaz..air apa pulak ni..cuba ustaz perhatikan di bahagian dada..tu ! ” Allahuakbar..ni apa pulak ujian kat kita” ujar saya kepada teman yang membantu. Saya dapati kesan lebam itu semakin lama semakin ketara dan sangat hitam, malah terbit air-air lendir yang keluar dari liang-liang roma simati dengan baunya yang sangat busuk. “Subhanallah” cukup tidak menyenangkan malah bau yang terbit itu sangat menganggu kami untuk menguruskan jenazah itu seterusnya.

“kita urus macam biasa” ujar saya kepada teman-teman. Dan dengan lafaz “bismillahirahmanirrahim” dan membaca niat untuk memandikan jenazah saya mula menyiram jenazah tersebut dengan air perlahan-lahan dan meratakan keseluruh bahagian anggotanya.

Lebam kehitaman di dada mayat itu semakin ketara dan semakin merebak hingga ke bahagian kerongkongya. Kami buat tak tahu sahaja…..sambil meneruskan apa yang selayaknya kepada jenazah semasa ‘dia’ dimandikan.

“ustaz…ustaz ! lihat muka mayat ni..pasal apa jadi macam tu !! ” sekali lagi teman saya mengejutkan saya lantas saya berpaling kearah muka jenazah. Subhanallah, sekali lagi saya terkejut bila saya dapati keadaan mukanya seperti hangus terbakar, lebih hitam dari lebam-lebam di dada dan anggotanya yang lain.

“allahumma anta rabbi la ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin” Saya mula tidak sedap hati kerana melihatkan keadaan mayat tersebut seakan sudah meleyuh sebahagian tubuhnya dan mengeluarkan bau yang sangat busuk serta tidak menyenangkan hidung saya dan teman-teman.

Kalau ikutkan rasa, nak saja saya tinggalkan mayat tersebut, sebab dah tak tahan dengan baunya….tapi kami gagahi juga hinggalah selesai proses memandikannya.

Apabila selesai sahaja kami mandikan jenazah tersebut dengan segera kami kafankan jenazah tersebut dan saya tidak benarkan wajahnya dilihat oleh ahli waris dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Dan oleh kerana, arahan itu membuatkan timbul sedikit kekecohan diluar bilik mandi mayat. Mendengar saja saya tidak izinkan, ada ahli waris yang tidak puas hati. ” kenapa ustaz? Saya kata, ” adalah lebih baik jangan lihat dahulu sehingga sampai di tanah kubur semasa dia hendak dikebumikan nanti…..” akhirnya mereka akur biarpun ramai yang tidak puas hati.

Ikatan terakhir kain kafan telah disimpulkan , maka selesai urusan untuk mayat ini. Sebaik sahaja selesai saya bertanya kepada ahli warisnya akan punca kematian lelaki ini. ” kami pun tak tahu..ustaz” kata mereka. “cuba ustaz tanya kawan dia tu sebab dia ada sekali..”

Saya pun terus merapati lelaki yang dimaksudkan. ” bang…nak tanya sikit” saya bertanya. ” Kenape ustaz? Si polan ini mati bila dan kat mana serta kenapa? lebih kuranglah soalan yang saya ajukan kepada lelaki tersebut. “susahlah nak cerita ustaz…..” kenapa? saya bertanya lagi. Begini ustaz “si polan tu bos saya…juga kawan saya, kami selalu lepak kat night club… karaoke…semalam dia ‘minum’ banyak….tiba-tiba dia sesak nafas kemudian dia terus rebah di atas pangkuan kawan-kawan.”

” lelaki ke perempuan? ” saya nak kepastian. ” perempuan ustaz..girlfriend dia jugak, GRO di kelab tu ” jawab lelaki tersebut.

Saya terdiam sambil menundukkan kepala. Sebenarnya saya terkesima dengan jawapan kawannya itu.

Nak kata apa lagi, sekadar boleh tepuk dahi dan garu kepala yang tak gatal sebagai tanda protes. “kenapa ustaz tanya? ada apa-apa tak kena ke?” soal lelaki itu kepada saya. ” ada sikit problem kat mayat tu mas kami uruskan..” jelas saya pendek dan jawapan itu buat lelaki itu jadi terpinga-pinga.

Saya pesan kat lelaki tu, ” kena berhentilah ke night club dan minum arak tu, takde faedahnya….kita akan mati bila-bila masa sahaja….bertaubatlah selagi Allah membuka pintu taubatNya kepada kita, kalau abang nak tahu nanti dah sampai kubur cuba abang buka dan lihat wajah mayat kawan awak tu, kemudian abang telefon saya…boleh ? ini kad saya atau datang jumpa saya pun tak mengapa.

Selang beberapa hari dia menghubungi saya dan ingin berjumpa dengan saya. Lalu kami berjumpa selepas solat jumaat di surau (solat jumaat) di surau al-Munir Taman Lestari Perdana. Ketika berjumpa saya terus dia peluk saya dan menangis. “saya takut ustaz..” Saya takut” “boleh tak ustaz bantu saya? ..” Insyaallah..” jawab saya ringkas.

Dan saya tahu mengapa lelaki ini berkata demikian. Sudah pasti lelaki ini telah melihat wajah mayat itu.

Kepada pembaca ABO, baca dan fikirlah sendiri……kalau rasa diri tu hidup selama-lamanya teruskan ber’night club’ dan tongganglah arak sebanyak-banyaknya dan sokonglah orang yang menyokong arak dan yang beri lesen arak dan yang beri lesen kelab-kelab malam. Habuannya Allah akan ganjarkan untuk anda. Tunggu lahh..kerana saat itu pasti akan tiba. Ajal maut itu pasti. Dan janji Allah itu benar.

(*) Tulisan ini adalah tulisan pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza @ MRK albanjari. Mari jadikan ia satu iktibar buat diri kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s