Jaga sensitiviti ahli bukan Islam

KOTA BHARU, 13 Jun: Semua pemimpin dan ahli PAS diminta menjaga sensitiviti ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selepas mereka diterima sebagai sahabat dalam PAS.

Antara isu yang sensitif adalah makanan apabila mereka menjemput ahli DHPP ini menyertai kenduri yang dianjurkan.

“Kalau kita amat sensitif dengan khinzir, mereka dari kaum India yang beragama Hindu pula sensitif dengan daging lembu.

“Jadi kalau kita nak buat kenduri dan mengajak mereka datang, kita kena sesuaikan menu kita misalnya dari daging lembu kita ubah kepada kambing, ayam dan ikan,” kata Dr Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat yang juga anggota parlimen Kota Raja.

Dalam ucapan yang sama, Dr Mariah juga telah meminta ahli PAS khasnya kaum muslimin menjaga sensitiviti kaum wanita kerana PAS kini adalah parti yang bercita-cita mahu ke Putrajaya.

“Misalnya apabila kita suka sangat membuat lawak dengan isu poligami. Kita kena ingat, kebanyakan wanita di luar sana sangat sensitif dengan isu ini akibat dari banyaknya pengalaman negatif hasil dari poligami ini,” kata Mariah.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cara Pengerusi Tetap, Abu Kassim Abdullah yang suka sangat membuat lawak dalam isu ini dalam keadaan tidak sedar ia menghiris perasaan sesetengah wanita.

Mariah juga membantah cara sebahagian masyarakat yang suka menyalahkan wanita sahaja seolah-olah lelaki tidak salah misalnya dalam isu wanita mengandung tanpa suami.

“Misalnya apabila wanita mengandung atau hilang dara, siapakah yang menyebatkan wanita ini mengandung dan hilang dara?” soal Mariah.

Di samping itu, Mariah juga meminta ahli dan penyokong PAS agar juga menjaga kebersihan dalam amalan seharian mereka.

Konsep jumpa sampah ambil dan bawa balik dan buang ke tong sampah ini perlu dijadikan amalan, kata beliau.

“Semalam kami ke sebuah masjid untuk sembahyang. Kami tak lalu nak masuk tandas masjid itu kerana terlalu kotor dan terus ambil air sembahyang dan solat sahaja,” kata Mariah memberikan contoh budaya pengotor di kalangan umat Islam yang sangat tidak kena dengan ajaran Islam.

Sumber Harakahdaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s