Jamil Khir Baharom Tiada Kekuatan Iltizam, Dicabar Letak Jawatan

Berjaya tetap bertegas telah dapat kelulusan

Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd – syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut – bernilai RM525 juta.

Menurutnya, terdapat banyak percanggahan perbahasan mengenai status sebenar kelulusan yang diberikan kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan di negara ini.

Dalam mematuhi arahan Bursa, syarikat itu mengulangi kembali bahagian-bahagian tertentu dalam pengumuman 12 Mei lalu yang menyatakan bahawa menteri kewangan telah memberi kelulusan untuk menerbitkan semula kepada Ascot lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut terma dan syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, dalam perenggan 8 yang menyenaraikan Kelulusan Diperlukan, perenggan kecil (d) menyatakan, “Menteri kewangan untuk menerbit semula lesan pertaruhan sukan dan perubahan pemegang saham dan pengarah di Ascot, jika perlu.”

Dengan demikian, katanya terbukti daripada kenyataan di atas bahawa Ascot telah mendapat kelulusan daripada menteri kewangan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan dan bahawa lesen rasmi yang pertama kali diberikan pada 1987 adalah menunggu untuk diterbitkan semula.

Sebanyak 70 peratus saham Ascot Sukan diilik oleh pengerusi Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan.

Najib Arah Batal Sidang Media Lesen Judi Sukan Bola Sepak?

SHAH ALAM 12 Jun – Kerajaan Umno-Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai keazaman politik dan hanya bermain bermain sandiwara berhubung lesen judi sukan bola sepak yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd.

Pengerusi Biro Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi Suara Keadilan berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom tidak ada kekuatan iltizam walaupun secara keseluruhan rakyat telah menolak usaha Umno-BN untuk menyebarluaskan gejala judi di negara ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuma bersandiwara kerana tekanan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang berpengaruh dan kuat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Perdana Menteri apabila tunduk dengan tekanan pihak tertentu.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut menegur supaya kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat tapi nampaknya seperti tidak diendahkan,” ujar Dr Muhammad Nur.

Katanya lagi, pemimpin Umno-BN hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut.

“Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin Umno-BN sememangnya sinonim dengan aktiviti judi dan pertaruhan. Najib tidak konsisten dengan kenyataannya untuk mengkaji semula kelulusan lesen judi sukan.

Pagi tadi, sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Jamil Khir telah dibatalkan pada saat-saat akhir dan menurut sumber pembatalan itu adalah atas arahan Perdana Menteri.

Kira-kira 40 orang petugas media yang menunggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam hampa selepas diberitahu sidang media itu dibatalkan. -TVS

Ulasan GB

Dengan dua senario di atas jelas PM Malaysia, Najib Tun Razak adalah seorang penipu.

Beliau setakat ini masih berdiam diri terhadap kelulusan lesen judi sekalipun ada kenyataan kerajaan kononnya lesen judi BELUM dikeluarkan.

Namun hakikatnya pendedahan Vincent Tan sendiri sudah cukup untuk membuktikan Najib telah memberikan lampu hijau terhadap judi bola.

Apa khabar Datuk Jamil Khir Baharom dan sekalian ulamak dalam UMNO?

Masih terus nak membisu dan nak bersekongkol dengan kerajaan UMNO BN yang jelas menentang perintah Allah?

Ingat, hukuman ke atas ulamak yang sengaja berdiam diri di atas kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah adalah jauh lebih dasyat daripada hukuman ke atas seorang muslim yang tidak bergelar ulamak.

Sumber greenboc.blogspot

One thought on “Jamil Khir Baharom Tiada Kekuatan Iltizam, Dicabar Letak Jawatan

  1. kalau jamil khir bangsat tu menentang, maknanya dia akan hilang dalam UMNO UPCO, sebab tu le dia resign dari ATM, bangsat tu sebenarnya gila jawatan, gila kuasa, gila pangkat, gila semua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s