Kehilangan RM52b ekuiti saham Bumiputera dipersoal!

EKORAN mengetahui bahawa Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang  kehilangan RM52 bilion baki yang pernah kerajaan peruntukan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.

Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.

“Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi,” soal beliau pagi tadi.

 

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.

“Kalau RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang) diumumkan Perdana Menteri,” beliau menambah.

Bercakap dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen, Guan Eng seolah-olah mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN sebagai punca pada kemunduran rakyat, khususnya kaum Melayu.

“Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno (atau) baik Mca (atau) baik Mic atau gerakan yang kebas…apa yang rakyat dapat (keuntungan),” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Di Raja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat ‘penyangak-penyangak’ di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.

“Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di tanah air, beliau seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni terbabit secara telus dan terbuka.

30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberika, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.

Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB. -END

Sumber instinctive-stage G3.0

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s