GUAN ENG – Saya Bukan Anti Islam/Melayu, Saya Anti BN

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng berkata beliau tidak anti Islam atau Melayu sebagaimana tuduhan Umno tetapi beliau anti BN.”Saya bukan anti Melayu, saya bukan anti Islam tetapi saya anti BN kerana BN melakukan banyak perkara kotor seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain”.

“Tidak timbul soal saya anti Islam dan Melayu sebagaimana tuduhan Umno dan BN” katanya.Beliau turut mendedahkan bahawa Gerakan pula menuduh beliau anti bukan Melayu kerana merobohkan gerai orang Cina di Pulau Pinang.
“Macam ini susahlah saya dituduh anti Melayu dan Islam oleh Umno dan dituduh pula anti Bukan Melayu oleh Gerakan”.

“Saya bukan anti Melayu atau Bukan Melayu tetapi anti BN” tambahnya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat anjuran DAP Melaka di Dewan Sekolah Cina Pay Fong di Bandaraya Melaka malam tadi.

Baru-baru Umno menuduh saya anti Melayu kerana merobohkan gerai Melayu di Pulau Pinang.

“Saya hendak beri tahu gerai Melayu yang dirobohkan hanya 30 peratus, 70 peratus lagi adalah gerai bukan Melayu, itu semua kerana mereka tidak mengikut peraturan”.

“Kalau 30 peratus gerai Melayu dirobohkan 70 peratus gerai bukan Melayu adakah itu dikatakan anti Melayu” soal Guan Eng.

Beliau juga hairan bagaimana beliau dituduh sebagai anti Islam sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sehingga RM24.5 juta dalam bajet 2010.
“Semasa rakan baik saya, Koh Tsu Kon menjadi Ketua Menteri, Bajet pada tahun 2008 untuk Islam adalah RM12.5 juta, bila kita menang bajet 2009 ialah RM20 juta dan bajet 2010 pula ialah RM24.5 juta, hampir satu kali ganda berbanding bajet BN, adakah ini menunjukkan saya anti Islam”

“Kalau saya bagi bajet RM24.5 juta dikatakan anti Islam, jadi Koh Tsu Kon bagi bajet untuk Islam hanya RM12.5 jadi Koh Tsu Kon ini anti apa?” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Turut berceramah pada program itu ialah Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo, Adly Zahari, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Anthony Loke dan Sim Tong Him.

Orang ramai penuh sesak memenuhi Dewan tersebut. Derma yang berjaya dikutip ialah kira-kira RM8,000.

Oleh Sofi Wahab – Sumber KedahLanie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s