TIGA PULUH JUTA BERGANTUNG PADA SATU LUBANG

Akhirnnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Ini kes ulang buat. Dalam dunia filem ulang buat ini bukan satu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya dari hasil jualan tiket.

King Kong – pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada tahun 1976 dengan Minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknoloji komputer berkembang sekali lagi King Kong diulang buat pada tahun 2005.

Psycho – klasik seram – dari kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam puteh pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda Gus Van Sant mengulang buat pada tahun 1998. Ulang buat dari kerja Mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni Mamat Gemok Alfred Hitchcok. Malah dari filem hitam puteh – Psycho telah menjadi berwarna berwarni.

Sayangnya kebanyakan filem diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh. Nasib baik pengarah Mamat Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

Baca seterunya di Tukar Tiub

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s