Tersasul kaa..terbacul ?

anaksengat – Sememangnya semakin jelas umNo menjadikan perkauman sebagai talian hayat mereka. Walau di satu pentas umNo mencanangkan satu Malaysia- konsep yang diterjemahkan dari Pakatan Rakyat- namun di satu sudut lain umNO terus menjaja isu perkauman. Apa yang terjadi di Pulau Pinang adalah menifestasi suara hati dan denyut nadi umNO. Bagi mereka , hanya perkauman yang mampu menautkan hati bangsa melayu.

Satu Malaysia yang merupakan slogan PM baru adalah satu lagi kosmetik yang muncul setiap kali peralihan tampok kepimpinan negara dan umNO. Masihkah kita ingat slogan Bersih Cekap Amanah (BCA), Kepimpinan melalui Tauladan, Penerapan nilai Islam di zaman Mahathir. Islam Hadhari di zaman Pak Lah, dan Najib dengan Satu Malaysia.

Setiap kali pertukaran slogan, umNO akan mendapat kekuatan baru. 1982 Pas tinggal 2Kerusi Parlimen selain kehilangan kerusi DUN di hampir semua negeri. 1990 PAS melalui APU mendapat kekuatan baru dengan penguasaan Kelantan. Suntikan semangat itu kian bertambah dengan peristiwa 1998. 1999 adalah kemuncak kekuatan itu dengan penguasaan Trengganu selain pertambahan kerusi di Kedah dan beberapa negeri termasuk Perak dan Selangor.

Peralihan kepimpinan negara dan slogan Islam Hadhari serta watak Pak Lah yang low profil serta sedikit kaitan sejarah ulama yang ada padanya menjadikan umNO bertenaga semula dan umNO BN mencatat sejarah apabila menang besar pada 2004 melebihi sejarah sebelumnya sepanjang tempoh merdeka. Ternyata slogan Islam Hadhari mati setelah orang melayu khususnya menyedari ianya adalah slogan kosong dan kelemahan ketara Pak Lah selain masalah dalaman umNO. Orang bukan melayu pula merasakan parti mereka MIC dan MCA serta gerakan gagal berperanan. 2008 menyaksikan kejutan besar buat umNO dan Pak Lah dipaksa berundur.

Najib menyedari protes bukan melayu terhadap BN. Beliau menampilkan slogan satu Malaysia sebagai satu terjemahan apa yang dilakukan Pakatan Rakyat yang mendapat sokongan pelbagai kaum. Beliau menyedari bahawa rakyat telah matang dan menolak parti perkauman. Malangnya umNO terpaksa memainkan peranan yang gagal dimainkan oleh Gerakan, MCA dan MIC. umNO terpaksa muncul dengan pelbagai wajah pelbagai umpama sesumpah. Di hadapan melayu ia muncul sebagai wira melayu khususnya di Pulau Pinang dan di satu masa lain ia juga adalah pejuang kesaksamaan kaum. Bukan sahaja penyokong umNO yang tersasul dengan penampilan sesumpah umNO ini malah kekadang pemimpin umNO juga tersasul.

Apa yang diucapkan oleh Nasir di Melaka adalah contoh ketersasulan pemimpin umNO. Walaupun beliau hanya pegawai khas Najib , namun apa yang berlaku adalah kegagalan beliau menghayati konsep sesumpah pemimpin tempat beliau bergantung. Saban hari kita akan lehat ketersasulan umNO dalam menjelmakan diri mereka … sesekali mereka adalah umNO yang tulen melayunya, sesekali mereka adalah MCA, MIC dan Gerakan yang telah hilang peranannya…

Hakikatnya…BN adalah kompenan yang diasaskan oleh perkauman yang sangat kental !

Posted by albanjari
Sumber Al-banjari

LIVE@Feb.9 – Pesanan penting DS Nizar kepada rakyat Perak

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.

Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.

Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Sumber al-banjari