Hallo Menteri..ini baru KERA di hutan disusukan.. ANAK dikendong mati kelaparan…

100,000 permohonan pekerja baru diluluskan
 
 KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan permohonan 100,000 pekerja asing baru untuk bekerja di negara ini dalam tempoh lima bulan lalu bagi memenuhi keperluan pelbagai syarikat pembuatan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam berkata, kerajaan tetap komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini dan langkah berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, jumlah pekerja asing di negara ini menurun daripada 2.2 juta kepada kira-kira 1.6 juta sejak awal tahun lalu.

“Kami perlu lakukannya secara beransur-ansur kerana permintaan syarikat untuk mengambil pekerja asing semakin meningkat apabila mereka perlu meningkatkan pengeluaran berikutan pemulihan ekonomi,” kata beliau apabila ditanya sama ada sasaran kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Subramaniam berkata, 100,000 permohonan baru itu diluluskan dalam tempoh Oktober tahun lalu hingga bulan ini bagi memenuhi permintaan empat industry elektronik, plastik, perabot dan sarung tangan.-Bernama

Sumber KedahLanie
Inilah dia “rakyat diutamakan”….Phuuuuuuuuuui, kena tipu hidup-hidup tapi masih ramai tak mahu sedar terutama melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s