Ketuanan Melayu adalah boneka Cina yang sebenarnya

AlhamduliLlah! Hari ini saya jumpa ayat yang saya nak ucapkan selama ni. Sebelum ni, tak terbentuk ayat itu dalam pemikiran saya. Terpaksa buat ayat panjang. Saya selalu kata, siang hari terjerit-jerit fasal Ketuanan Melayu. Di malam hari pula, merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah -makan babi sebenarnya sebab Tun Dr Mahathir Mohamad kata rasuah macam makan babi.

Beliau juga kata Umno adalah parti perasuah. Rasuah pula, kata Dr Mahathir, macam makan babi. Cuba fikir baik-baik dari mana depa korek duit nak jamu perwakilan yang laparkan rasuah (makan babi) sebagai tukaran kepada undi yang hendak diberi?

Akhirnya hari ini dapat ayat yang tepat. Ketuanan Melayu adalah boneka Cina yang sebenarnya. What a perfect expression – walaupun saya lebih suka nak kata Ketuanan Melayu adalah pecacai Cina.

Terima kasih kepada Batsman. Terima kasih yang tidak terhingga.

Dalam tulisan bertajuk “Ketuanan Melayu – The Real Chinese Puppet” beliau menjelaskan:

In Malaysia, there is a twist to the story. The Malays constitute the majority. The elites of all races depend on Ketuanan Melayu to impose their rule and get what they want. Even the Chinese elites support Ketuanan Melayu. This is because they can offer the technical and commercial skills still lacking among ordinary people to rake in stupendous profits while depending on the Ketuanan Melayu police and judiciary to protect their dirty deals.

Malaysia is like a luxury hotel for them to stay in and do business. Eventually when their advantage starts to dry up, they even use Ketuanan Melayu as an excuse to take their money out and emigrate to foreign countries, claiming the very discrimination that they have helped put in power for the last 52 years. Ketuanan Melayu is the real puppet of the Chinese elites, not PAS or Anwar Ibrahim.

Ringkas ceritanya, golongan elit semua bangsa di negara ini bergantung kepada Ketuanan Melayu. Golongan elit bangsa Cinalah yang paling banyak mendapat manfaat dari Ketuanan Melayu. BK Tan bergantung kepada Ketuanan Melayu. Tengku Goh bergantung kepada Ketuanan Melayu. Dari kalangan bangsa India, Datuk VK Lingam contohnya bergantung kepada Ketuanan Melayu.

Sebut sahaja nama tauke-tauke Cina – dari Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ting Peck King, Datuk Patrick Lim, Tan Sri Tan Kay Hock, Datuk Siew Ka Wei sehinggalah kepada Joe Low, semuanya kaya raya dengan membonekakan Ketuanan Melayu. Tan Sri Ananda Krishnan juga kaya raya dengan membonekakan Ketuanan Melayu.

Ah, Datuk Seri Samy Vellu dan anaknya Vell Paari juga begitu berkuasa dan kaya raya dengan membonekakan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu menjadi hamba pecacai mereka.

Malang tak terhingga, seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk “Katak, musang berbulu ayam dan babi“:

Pun begitu, parti makan babi dijangka akan terus berkuasa. Nak salahkan pengundi?

Nak salahkan pengundi lagu mana? Dalam PKR ada katak berlambak-lambak. Dalam PAS pula musang berbulu ayam berkeliaran.

Selagi PKR menjadi istana katak dan PAS pula menjadi mahligai mewah kepada musang-musang berbulu ayam, selagi itulah parti makan babi terus berkuasa. Ketuanan Melayu pula akan terus menjadi pecacai dan boneka tauke-tauke dan lintah-lintah darat.

Yang rajin baca buku dan berusrah dengan literature Ikhwan Muslimin, fikirkanlah marhalah perjuangan hampa. Jangan lupa, PAS berjaya diislahkan oleh Almarhum Ustaz Yusof Rawa yang dikasihi dan rakan-rakannya kerana PAS pada masa itu tidak laluk dengan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala’.

Sumber Penarik Beca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s