Dah Teruk Negara Kita Ni Weh!

Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jetset’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia ni bukan lah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudhana kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang ter jadi setelah berlaku tsunami  di Asia dan gempabumi di Haiti baru-baru ini.

Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, ini lah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.

Kuasa membeli  kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar  pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.

Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan di waktu kecemasan?

Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!

Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, ini lah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.

Melihat dari apa yang berlaku dalam negara dan pembacaan penulisan bebas luar negara, kita diserang kebimbangan yang amat. Apa tidaknya, peramal ekonomi telah mengatakan dunia akan menghadapi ‘double dip recession’. Berita-berita kurang enak tentang bank di Amerika yang bakal kaput jumlahnya menghampiri 200 buah. Citibank kerugian $7.8 billion pada suku keempat tahun lalu. Pengangguran bertambah setiap ketika. Apakah krisis kewangan baru akan melanda?

Berita-berita ekonomi yang menakutkan itu walaupun berlaku di Amerika, ia sebenarnya ibarat getaran ombak yang tentunya akan sampai juga ke negara kita kemudiannya. Kita sebenarnya belum pun pulih dari kemelesetan yang disebabkan oleh ‘subprime mortgage’ tahun lalu. Bagaimana agaknya kesan kemelesetan kali ini?

Beberapa hari lalu telah didedahkan bagaimana Simpanan wang Luar telah menyusut dengan teruk sehingga mencapai 50% Keluaran Dalam Negara Kasar. Pengaliran keluar modal itu yang bernilai RM355 billion adalah dua kali ganda apa yang dialami Russia dan yang paling teruk berbanding negara membangun lain. Yang menakutkan ialah tatkala negara lain menunjukkan pemulihan, modal dalam negara kita terus menerus keluar.

Di sebalik keghairahan laungan dan kokokan 1Malaysia, kalau boleh kita pohon rakyat menyoal pemimpin ini apakah kedudukan sebenar ekonomi negara? Jangan sekadar bertepuk tangan sahaja! Keluarlah dari kepompong menjadi kaldai tunggangan mereka. Bukalah minda tidak kira apa usia anda- tua atau muda. Bebaskan lah belenggu yang mengikat kebebasan pemikiran anda. Soalnya , sampai bila…..???

Sekarang, saya mahu berkongsi maklumat dengan anda tentang beberapa perubahan dasar kerajaan dalam Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Saya juga akan sambil lalu mencuit sana-sini supaya deria rasa kita kembali tajam dan pintar membuat tafsiran. Berat sebenornya nak buat kerja ni….

Desas-desus sudah pun kedengaran tentang pemotongan elaun yang akan menimpa sektor pendidikan. Ada elaun yang dikurangkan dan ada pula yang dibatalkan terus. Tentu sahaja para guru sudah mula mencongak untung nasib mereka untuk beberapa bulan mendatang. Manakala wang bantuan anak miskin KWAM, Amalan Makanan dan Pemakanan sudah pun berkurangan dan ada yang dibatalkan. Peruntukan pembangunan sukan sudah jatuh ke tahap asas sahaja, seperti bola getah dan gelang lenggang. Baucer tuisyen sudah mula dihapuskan.

Ada guru yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji takuk lama selama dua tahun kebelakangan ini.

Sektor kesihatan pula terjejas dengan bekalan ubat-ubat tertentu (yang mahal) sudah tiada. Selain kesan buruk terhadap pesakit yang kurang mampu, kepuasan bekerja di kalangan para doktor pakar juga akan terjejas. Ingat, betapa para doktor dilatih menjiwai kemanusiaan dan ehsan. Jika masalah pesakitnya terkantul di atas kertas rawatan dan slip ubatan, mereka akan tertekan dan tentunya memilih jalan keluar menyertai sekstor swasta.

Seorang rakan telah menelefon dari Kementerian Kesihatan menceritakan bagaimana sebuah hospital kerajaan di Kulim telah menanggung hutang utiliti mencecah RM1 juta dan ambulan yang mahu mengambil minyak petrol di stesen minyak telah tidak dilayan kerana hutang yang tidak dijelaskan! Kenapa agaknya?

Seorang sahabat anggota TLDM pula menceritakan bagaimana mereka telah diberi cuti tambahan kerana kapal tidak belayar sedangkan jadualnya mesti berada di laut lepas menjaga perairan negara. Terkejut saya apabila diberitahu yang mereka sekadar menghangatkan enjin kapal di jeti kerana kekurangan bahan api untuk belayar! Ayooo…… inikah penangan 1Malaysia?

Perhatikan tugu-tugu 1Malaysia yang bertaburan dalam negara. Perhatikan iklan yang bertayangan di mana-mana. Perhatikan juga peruntukan Bajet 2010 yang berjumlah RM100 juta untuk Rosmah Mansor dengan anak patungnya yang bernama PERMATA. Kenapa perlu diteruskan Monsoon Cup apabila kantung negara menyusut? Kenapa perlu diwujudkan sistem cukai GST kerana tiada wang sedangkan boros untuk Formula One? Kenapa mahu menjual pesawat MIG 29 atas alasan mahal kos selenggara, kemudiannya mahu merancang pembelian pesawat baru pula yang tentunya mahal? Apakah ia lebih menjimatkan?

Yang terpenting sekali, kenapa tidak mengelak, menghenti serta menghapuskan kebocoran dan ketirisan aliran perbelanjaan negara kerana melaluinya kita mampu berjimat berbilion Ringgit?! Perhatikan kes penyelewengan PKFZ yang menghanguskan puluhan billion RM. Juga program PLKN yang jelas menguntungkan kroni sahaja.

Kita sebenarnya mewarisi sistem pemerintahan TKT Dr Mahathir yang teruk dan korup. Apa jua yang membusuk sekarang adalah berpunca dari bisul yang dijana dan dibiar merebak semasa zaman TKT. Tidak kisahlah samada secara langsung atau tidak, hakikatnya sebagai Kepala pemerintah segala kesilapan akan terhempap atas batu kepalanya. Itu sebab kita kata, jawatan adalah amanah bukannya cara mudah mengumpul kekayaan.

Akan tetapi Mantan PM ini dilihat lebih senang menuding jari terhadap sesuatu isu dengan sikap mudah lupanya akan kesilapan sendiri. Tun mahu dilihat maksum dan berjasa kepada negara. Dia juga mahu menjadi Negarawan yang tersohor dalam catatan sejarah negara. Hakikatnya, TKT Mahathir lah sebenarnya punca kepada semua masalah yang mewarnai negara sekarang. Bapa Korupsi.

Dakwaan yang dibuat seorang penulis sehinggakan bukunya ditahan mungkin boleh dipertikai dari segi angka wang yang diseleweng. 100 billion zaman Che Det, 270 billion zaman Tun Abdullah. Berapa pula di zaman Najib Tun Razak? Semua rakyat berhak membuat andaian masing-masing. Walau apa jua dalih dan kelentongan Mahathir, secara tidak langsung dia mengakui akan berlakunya penyelewengan di zaman pemerintahannya itu.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah kedudukan kewangan negara amat meruncing. Kita sedang jatuh bebas ke jurang kemelesetan yang amat dahsyat. Ulasan oleh pakar serta apa yang kita nampak berlaku setiap hari dilihat senada dan mengiyakan tanggapan negara kita menuju ke arah yang tidak sihat dari segi ekonomi. Kenaikan harga barangan, tariff, tol akan menyagat kita.

Hasil dari segala kemungkaran ekonomi dari zaman TKT Mahathir sehingga sekarang menjadikan negara kita kekurangan kecairan. Ini diterangkan oleh langkah penjualan  pelbagai Saham-saham baru PNB, penjualan bon-bon kerajaan, pinjaman luar negara dengan jaminan kerajaan untuk mengumpul dana serta kesan yang kita terangkan di atas tadi.

Lalu, apa lagi yang kita tunggu? PRU 13 adalah medan yang amat penting untuk rakyat membuat keputusan bijak.

Dr. Nologareng

Sumber Laman M@rhaen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s