Tipu Melayu, tipu rakyat

Dalam berita bertajuk “‘Allocation cut will not affect quality of education’” The Sun melaporkan:

Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong today clarified that the 20% cut in allocation for the ministry as directed by the Treasury will not adversely affect the quality of education in schools.

“We used to have a very comfortable budget but now we have to make do with 20% cut (in terms of allocation).

“The whole ministry is only given RM30.5 billion this year, it is now short of RM1.8 billion as compared to last year,” he said.

Aku dah kata dah. Pembohong hidup-hidup bila depa cakap nak bela Melayu konon. Melayu hanya boleh maju dengan ketinggian iman kepada Allah s.w.t. dan ketinggian ilmu. Kalau peruntukan pendidikan dipotong, tentulah akan melibatkan para pelajar Melayu. Malah, pelajar Melayu paling terjejas.

Di institusi pengajian tinggi, budak-budak masih menanti duit PTPTN yang katanya akan diberikan batch by batch. Pelajar yang kononnya sudah diluluskan permohonan Pinjaman Pelajaran Mara mereka macam menanti tanduk tumbuh atas kepala Datuk Seri Najib Tun Razak (sila baca bagaimana peruntukan untuk institusi-institusi pelajaran di bawah Mara dibantutkan dalam posting bertajuk “Ketuanan dewa-dewa Melayu“).

Adakah duit shopping dan perbelanjaan mengendalikan pemborongan tersebut dikurangkan? Betulkah khabar-khabar angin yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjaga Kementerian Pendidikan takut terkecut-kecut kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang dipaparkan secara implicit dalam laporan media-media arus perdana sebagai sangat berkuasa?

Malah ada dakwaan yang menyiarkhabar bahawa Rosmah juga ditakuti oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang tak takut sikit pun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika kaki tidur itu menjadi Perdana Menteri. Betulkah sampai begitu sekali berkuasanya isteri kedua Najib itu?

Fitnah? Wah, satu Malaysia bikin fitnah rupa-rupanya! Hanya pecacai-pecacai bangang pemimpin Umno yang tak buat fitnah.

Jangan jual orang la!!!

Sumber Penarik beca
Masih nak menyokong umNO/bn memang bangang lah…..hidup-hidup kena tipu, tipu dan terus di tipu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s