Kalimah ALLAH: Pendirian PAS menyusahkan UMNO

PAS berjaya menampilkan imej yang “sederhana” ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin “ekstrem” posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa “penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi”, tetapi mengingatkan bahawa “penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan”, malah “dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat”. [ Kenyataan media PAS ]

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan “melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem”, kini terpaksa berdepan dengan “sekutu” yang kelihatan lebih ektrem daripada “musuh”.

Parti komponan BN terasa bahang

Pendirian PAS ini disambut secara positif oleh bukan muslim. Misalnya, pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mempersoalkan “Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?”

Dalam blognya, Jason menulis “PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan,” sebelum mempertikaikan, “kalau dilihat kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?”

Malah, Jason memanjangkan kepada beberapa isu yang berlaku beberapa tahun kebelakangan, “Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan? (Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?

Oleh: Anak Sungai Derhaka
 

Seterusnya di sini.
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah-pendirian-pas-menyusahkan.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s