Aku Sokong Kerajaan Barisan Nasional… Hidup PM 1Malaysia…!!!!

Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada kawan2 bloggers dari PR, kerana aku terpaksa beralih angin dan menyokong umno/bn @ kerajaan. Buat sahabat Bloggers sekalian aku menyeru marilah kita semua bersama2 menyokong Perdana Menteri kita dengan wawasan 1Malaysia.

Apalagi yang kita harapkan dengan PR, selama ini PR tidak pernah prihatin dengan masalah kesihatan rakyat sepertimana yang di tunjukkan oleh kerajaan sekarang. Pi mampuslah dengan Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Kit Siang. Diorang semua hanya tahu berpolitik saja, dan tidak pernah memperdulikan kesihatan rakyat, seperti mana yang di tunjukkan oleh PM 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM1 billion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

“Tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 billion setahun untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Pekan, di sini.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mencadangkan kepada PM 1Malaysia yang di kasihi dan Kerajaan Malaysia, supaya memberi perhatian kepada harga barang kawalan seperti senarai di bawah ini, kalau boleh di naikkan juga harganya demi menyelamatkan rakyat Malaysia dari kemudaratan penyakit yang bersangkut paut dengan pengambilan barangan tersebut. Contoh selain daripada gula;

1) Beras – mengandungi kandungan gula/kanji yang tinggi. Risiko – Kencing manis, kolestrol, obesiti, osteoporosis dan juga barah. Harga cadangan : RM10.00 sekilogram.

2)  Tepung Gandum – Kolestrol tinggi.Risiko – Obesiti, serangan jantung. Harga cadangan – RM8.00sekilogram.

3) Minyak Masak – Kolestrol tinggi. Risiko – Serangan Jantung, Obesiti, risiko kanser. Harga cadangan: RM6.00 sekampit 1 kilogram.

4) Garam –  sodium klorida. Risiko – tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal. Harga cadangan: RM6.00 untuk 500gram.

Dan kalau boleh naikkan harga barangan harian seperti makanan laut (ikan, sotong, udang, ketam, dan pelbagai lagi) kerana pengambilannya juga membawa risiko penyakit seperti gout (macam Haji Hadi) dan penyakit Batu Karang seperti sahabat ini.

Seperti saranan PM 1Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan rakyatnya, dengan kenaikkan harga barang tersebut dapat menyelamatkan rakyat Malaysia dari terjadi seperti Rakyat ini dan seperti Orang ini.

Mahukah nasib anda seperti mereka…? Jadi sokonglah kerajaan Barisan Nasional demi kesejahteraan kesihatan lu orang semua.

Sumber IkutSukaAku

3 thoughts on “Aku Sokong Kerajaan Barisan Nasional… Hidup PM 1Malaysia…!!!!

  1. Bro..read between the line. Jangan lepas mulut saja. Marah memang marah tapi tulisan IkutSukaSaya tu sebenarnya satu sindiran yang tajam.

  2. Yang Penting jangan undi BN lagi…kalau marah marah saja bila pilihanraya masih undi…tak kemana lah buang air lior saja. BN kan Barang Naaaaaaaaaaik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s