Isu air Kampung Ganchong, Pekan belum selesai

Ingatkan Kat KEDAH ja isu Ayaq Tak Ada, Nuu Kat Kg PM kita pon sama..kira OK laa tuu…!!

SAYA ingin mengutarakan masalah ketiadaan bekalan air yang berlaku di Kampung Ganchong, Pekan Pahang dan kampung-kampung sekitarnya. Masalah ini berlaku bertahun-tahun lamanya sehingga ia menjadi satu perkara biasa di sini.

Perkara ini benar-benar menyusahkan penduduk bukan hanya pada ketika hari raya dan kenduri-kendara bahkan pada hari-hari biasa.

Air hanya naik ke tangki simpanan dalam rumah selepas waktu tengah malam dan kembali berhenti menjelang subuh. Pada waktu siang pula kalau ada air pun ia hanya keluar sekejap-sekejap dan tekanannya tidak kuat untuk masuk ke tangki simpanan.

Perkara ini telah diadukan melalui akhbar dan secara terus ke jabatan berkenaan namun tiada penjelasan memuaskan diberi.

Adalah diharapkan melalui aduan ini sekali lagi pihak-pihak berkenaan dapat tampil bertindak secara lebih proaktif dan responsif terhadap perkara ini.

Kami juga tidak mahu mendengar jawapan-jawapan klise yang menyalahkan paip bekalan, menyalahkan kepadatan penduduk, loji kecil dan sebagainya kerana dalam jangka masa masalah ini berlaku perkara-perkara tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihak berkenaan dan tindakan-tindakan susulan sepatutnya sudah pun diambil.

Apakah kita tidak malu ‘orang kampung’ kita sudah pun menjadi Perdana Menteri tapi orang kampung PM masih tidak ‘berair’?

Pekan
Sumber KedahLanie
Rakyat didahulukan…..habis 1 Malaysia tertipu, masih nak sokong BN…memang banganglah – WM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s