HARAMKAN UTUSAN ..TANGKAP PENGARANG KE ISA

KUALA LUMPUR, 11 Disember: Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana memainkan sentimen perkauman dalam artikel dan berita yang disiarkannya. Utusan Malaysia dilihat telah memutarbelitkan fakta yang ada dan menggunakan isu itu untuk mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara kaum-kaum di Malaysia.

Hal ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.
Menurut beliau, Utusan sering memutarbelitkan dan menyiarkan berita yang bersifat ‘rasis’. Utusan contohnya telah memanipulasi kenyataan isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini.
“Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak,” jelas Sofi Wahab.

Utusan Malaysia dilihat sengaja memutarbelitkan isu ini supaya rakyat melihat DAP dan Pakatan Rakyat sebagai parti yang anti di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.

Bagi Beliau, isu-isu seperti ini dimain dan dibangkitkan Utusan Malaysia semata-mata demi kepentingan Barisan Nasional yang menjadi tuannya selama ini. “Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif.

Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suara Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN,” tegas beliau.

Utusan kini dilabelkan sebagai ‘rasis’ kerana sering memainkan isu perkauman dalam artikel siarannya. Terkini, tulisan Zaini Hassan yang menghina kaum India di Malaysia telah membangkitkan kemarahan kaum India./wlr.blogspot

Oleh Roziyah Mahamad
Posted by WFAUZDIN
Advertisements

2 thoughts on “HARAMKAN UTUSAN ..TANGKAP PENGARANG KE ISA

  1. Salam kami Dewan pemuda pas sarawak setuju supaya utusan malaysia diharamkan di empat negeri pakatan rakyat supaya jelas pendirian kita tentang penyelewengan fakta oleh wartawan utusan.Akhir kata salam perkenalan kepada pas labuan dan sudilah kiranya masuk kan web kita dalam paslabuan.Syukran dan Takbir!!!!.

  2. walaupun utusan malaysia jahat, tapi cadangan hukuman ISA kepada pengarangnya juga salah.

    Kita menentang ISA bukan kerana mereka menangkap pemimpin pembangkang. Tentangan kepada ISA adalah atas dasar prinsip, iaitu ia undang-undang zalim.

    Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s