Kemiskinan tidak selesai selagi Umno jadikan mereka umpan

BENTONG, 14 Nov: Masalah  kemiskinan yang berlaku dalam negara ini tidak mungkin dapat diselesaikan kerana pemimpin Umno mahu  menjadikan golongan ini sebagai umpan pilihanraya bagi mengekalkan sokongan kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang..

Berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini, baru-baru ini Abdul Hadi kesal walau pun negara mempunyai sumber kekayaan yang banyak tetapi  ianya berlegar di kalangan orang kaya dan orang politik yang berkuasa.

“Harta negara ada  berbilion-bilion tetapi harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik. Tetapi apa yang berlaku  hari ini orang yang sudah lama miskin tidak dapat dibebaskan dari kemiskinan, maka datang pula miskin yang baru, tak selesai.

“Umno suka orang miskin kerana senang mereka nak beli undi.  Mereka beri bantuan kepada orang miskin cara subsidi ini tak betul, sepatutnya mereka ada perancangan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan,” katanya.

Presiden PAS  itu turut menyatakan kekesalan atas penyelewengan dan rasuah  yang berlaku  yang menyebabkan negara kehilangan  kewangan  dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apa yang berlaku kepada PKFZ, KWSP, Petronas  adalah penyelewengan yang besar. Apa yang berlaku keatas isu ini kekayaan negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik,” katanya.

Sumber Harakahdaily

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s