13 tahun defisit, BN lemah urus ekonomi- Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Masalah defisit sebenarnya berpunca dari kegagalan BN yang mengurus ekonomi untuk menganjakkan negara dan rakyat ke arah ekonomi tambah nilai sehingga menjejaskan pendapatan negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai langkah dan peruntukkan diumumkan oleh kerajaan untuk memacu ekonomi mencapai tahap maju seperti Singapura, Korea Selatan namun malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi banyak lagi belajwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan ?off-budget? dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010 menyebabkan defisit akan terus meningkat.

“Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana ?kebajikan rakyat didahulukan? atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang.

“13 tahun berturut-turut kerajaan membentang belanjawan deficit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambung tinggi, ekonomi mengalami pertumbuhan pesat apatah lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi,” katanya sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 tengah hari tadi di Dewan Rakyat.

Akibatnya kata Anwar hutang negara meningkat 18.3 peratus daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009.

Katanya lagi keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh tersimpang di mana kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam dan mengabaikan keperluan infrastruktur sosial dan teknikal seperti peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

“Rasional ekonomi kerajaan BN berlandaskan Ekonomi Naungan (Patronage Economy).

“Pembinaan projek-projek dan infrastruktur awam mega merupakan jalan paling mudah dan cepat mengagih habuan kepada konco-konco politik dan kontraktor-kontraktor Umno-BN. Ini membantut penyediaan iklim persaingan yang sihat dalam ekonomi,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menyentuh kelemahan yang menjejas daya saing Negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Sebelum itu, beliau turut merujuk laporan ?World Competitiveness Report 2009/2010? yang dikeluarkan oleh ?The World Economic Forum (WEF)? di mana Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam perundangan manakala pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

” Selain itu peningkatan kadar jenayah, saiz belanjawan defisit dan kelemahan dalam sistem penyampaian yang sudah ketinggalan menjadi kebimbangan juga.

“Pelabur menjadikan laporan ini sebagai panduan dalam menentu tempat mereka melabur. Lebih baik ranking Negara lebih menarik kita kepada pelabur,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membangkit persoalan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di bandar yang bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara.

Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan sosial berlaku untuk semua kaum, katanya.

Katanya lagi ekonomi yang berkembang pesat mengundang amalan kecurian dan penipuan seperti yang disaksikan dalam skandal WorlddotCom, Enron dan sebagainya hasil pertumbuhan pesat ekonomi Amerika Syarikat.

“Tidak kurang juga dengan apa yang berlaku dalam Negara seperti skandal Timedotcom, PKFZ, Perwaja dan banyak lagi yang masih dilindungi dan ditutup oleh pihak berkuasa.

“Tidak ada bezanya kecurian dan penipuan yang berlaku disini cuma penguatkuasa sibuk dengan bagaimana dokumen kerajaan boleh terdedah daripada menyiasat penyelewengan yang berlaku atau bagaimana bendera dibeli dengan harga RM2800 daripada menyiasat perbelanjaan peruntukan setahun dalam masa 2 bulan oleh YB-YB dulu, ” katanya secara sinis. _

Azamin Amin – Harakahdaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s