Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin

TELOK KEMANG, 6 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

“Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

“Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh.”

Continue reading

Advertisements

Runtuhan demi runtuhan di Terengganu

KEMAMAN, 5 Okt: Mula-mula bumbung dewan sekolah menengah runtuh. Lepas itu bumbung stadium runtuh dan kolam renang pula bocor. Kini bumbung masjid pula runtuh.

Inilah rentetan peristiwa yang berlaku di Terengganu yang kaya dengan wang royalti minyak ini.

Ekoran itu, para pemimpin PAS meminta rakyat Terengganu memberi perhatian dan menilai projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berikutan keruntuhan demi keruntuhyan ini.

Continue reading

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Continue reading