Muhyidin saksikan sendiri kemelut Umno Terengganu

KUALA BERANG, 4 Sept: Selepas kecoh dalam media tentang krisis besar dalam Umno Terengganu, petang semalam ia dibuktikan di depan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Hanya segelintir penyokong tegar Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sahaja yang hadir ke majlis pertemuan pimpinan Umno dengan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebahagian besar Adun tidak hadir termasuk Adun yang tinggal di kawasan Hulu Terengganu sendiri. Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Mohd Zawawi Ismail (Kuala Brang) tidak hadir ke majlis itu.

Yang kelihatan di majlis itu hanyalah empat dari 10 anggota exco kerajaan negeri manakala Adun pula hanya seorang sahaja yang kelihatan.

Exco yang hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Adun Seberang Takir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Zaabar Mohd Adib (Rantau Abang) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat (Telemong).

Hanya Adun Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar sahaja Adun yang hadir ke majlis Timbalan Perdana Menteri itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dun yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan bekas Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan.

ImageMuhyidin ke Hulu Terengganu petang semalam bagi menyertai Majlis Mesyuarat dengan empat peringkat pimpinan Umno negeri yang diadakan di Pejabat Umno Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Muhyidin serta Hishamudin kemudiannya solat Isya dan Terawih di Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.

Kedatangan Muhyidin ke Terengganu adalah di tengah-tengah kemelut Umno Terengganu termasuk berita angin sembilan Adun Umno akan menyertai PKR untuk membentuk kerajaan baru bersama lapan Adun PAS.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan Umno negeri itu, Muhyidin mengesahkan krisis dalaman Umno Terengganu itu.

Ekoran itu beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah untuk bagi menyelesaikan kemelut yang beliau sifatkan bersifat pribadi itu.

“Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.

“Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar…lepas hari raya atau bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.

__________________

KOMEN PEMBACA

__________________

1.Nampaknya kemelut dalam umno di Terengganu sudah jelas kelihatan…adun2 yg tidak berpuas hati dgn MB sekarang memang berada dalam dilemma….andaikata mereka ini berpaling kepada PR…maka diharapkan nanti agar dapat berkhidmat untuk rakyat…buang tabiat masa dalam umno dulu yg hanya mengharapkan projek dan kebendaaan……jika tidak…satu kerugian pada PR untuk menerima mereka2 ini…malahan akan jadi ?LIABILITY? satu hari nanti….itu pastiiii. – Zaharuddin,KL.

2. Mungkinkah kekalutan di terengganu akan dijadikan modal oleh PR untuk memaksa pilihanraya dibuat di Perak? – Joe, B.Pahat.

3. Tengok apa terjadi …di terengganu amat malukan ! Sedang si najib tergesa nak Selangor kedalam tangannya….tetapi disebaliknya terengganu masalah tertimbul…. ini dikatakan jahat dibalas balik dengan jahat…amalan umno selamanya! – Loki,KL/

4. Ingatan saya kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat..Jangan terlalu teruja dengan sikap ADUN BN yang mahu melompat parti,hingga lupa matlamat Perdana Menteri untuk menawan Selangor.Bak kata perpatah ?Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berkeciciran? – Gayat,Kedah.

Wartawan Harakahdaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s