MBSA lebih awal putus arak tidak boleh dijual secara terbuka

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) – Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.

Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.

“Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu,” jelasnya.

Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.

Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA telah mengambil tindakan merampas minuman keras tersebut, tegas beliau.

Pihak MBSA bertindak begitu kerana katanya, keputusan KIV daripada Ronnie Liu itu tidak melibatkan MBSA kerana keputusan larangan menjual arak telah dicapai lebih awal dan dipersetujui.

Khalid menegaskan, penjualan arak itu merupakan warisan kerajaan BN di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus tidak dianggap sebagai minuman keras.

Menurut beliau, apabila persoalan itu timbul bagi exco kerajaan Tempatan memang tidak ada undang-undang yang mengatakan penjualan arak itu mesti mempunyai lesen.

Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memberikan peraturan baru di mana benda yang haram perlu mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Persatuan Penduduk.

“Mementingkan persekitaran majoriti orang Islam dan tidak dibenarkan dijual di 7-eleven, stesen minyak, kedai runcit atau mana-mana kedai terbuka,” tegasnya.

Menurut beliau, perkara itu timbul berpunca salah pengikhtirafan yang mengelirukan serta persefahaman bahawa kehendak rakyat dan penduduk perlu diutamakan.

Tambah beliau, manakala PBT pula perlu prihatin dan mengambil kira permintaan penduduk di kawasan tersebut.

Beliau berkata, penduduk di Seksyen 8 Shah Alam memang sudah membantah penjualan arak secara terbuka sejak Selangor diperintah kerajaan BN.

“Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah,” katanya.

Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Umno yang cuba campur tangan kerana isu arak di Seksyen 8 timbul sejak di zaman BN tetapi mereka tidak peka dengan kehendak penduduk.

“Umno jangan hendak tunjuk pandai sebab isu ini sudah lama tetapi mereka tidak berani mengambil tindakan,” tegasnya. – mns_ Saidah Hairan

Labuan macam mana – dikampong-kampong majoriti penduduk melayu – islam tetapi arak boleh di perolehi dengan mudah di kedai-kedai runcit yang penjualnya pun ramai yang berbangsa Melayu dan Islam. Ia nya diluluskan oleh MPWPL yang juga pengurusan nya ramai berbangsa Melayu dan Islam dan berketuakan seorang Melayu dan Islam. Umno pula yang ramai wakilnya di Majlis Mesyuarat Perbadanan Labuan yang pastinya orang Melayu dan Islam apa yang mereka buat untuk menghalang nya atau sekadar untuk mendapatkan elaun dan kemegahan kuasa……ingatlah “arak adalah ibu segala maksiat” anda akan di persoalkan bukan saja di dunia ini tapi yang lebih pentingnya di akhirat akan kerosakan yang anda lakukan….wallahu alam – WM

One thought on “MBSA lebih awal putus arak tidak boleh dijual secara terbuka

  1. Labuan pemimpin UMNO mementingkan kuasa kerana mau menang p/raya jadi diorang biar kan anak bangsa sendiri rusak binasa minda dek bencana mabuk arak pada hal sekarang budak2 sekolah pun udah mabuk arak malangnya majority nya anak2 orang melayu. Kalau di ajukan masaalah ni kepada diorang paling2 diorang blame ibu bapa. Manakala kalau kita ajukan kpd pegawai2 agama bkenaan labuan banjir arak diorang beseluru pula dgn kita dtanya dgn kita adakah macam lautan sudah arak dlabuan ani. nda ia sedar kalau arak sudah macam lautan ia pun dkuatiri akan mati kufur kerana tengalam dlm arak Na’uzubillahiminzalik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s