KISAH ANAK YATIM, PERKASA YANG JADI PEKASAM AKHIRNYA

PAS jawab ‘peserta demo diupah’
“Peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri” dan “kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga” – demikian jawapan PAS terhadap dakwaan Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus,” kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

“Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang.”

Menulis di blog peribadinya, Idris mengulas kenyataan Dr Rais seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik menteri itu sebagai berkata:

“Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

“(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.”

Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

“Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM,” katanya/Malaysiakini

Posted by WFAUZDIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s