Erti Sebenar Satu Malaysia

Pakatan mendapat milage besar dengan kematian seorang lelaki di Plaza Masalam. Jangan kata saya suka, kematian adalah paling mendukacitakan – sesiapa pun, hatta Malaikat Maut apabila tiba masa dia sendiri harus mencabutnya nyawanya sendiri. Namun, isu ini adalah bertali-temali dari politik. Maka, pastilah akan ada pihak yang untung dan ada yang rugi.

Continue reading

Kematian Teo: Tegakkan keadilan tanpa batas kaum, agama

ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) – PAS bersama-sama rakan Pakatan Rakyat sepakat mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja supaya satu penyiasatan yang bebas, adil dan telus dapat dilakukan terhadap kematian Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Continue reading

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP_

‘Masyarakat Islam yang beriman tidak bertindak melulu’ – Raveentharan

BATU UBAN, 17 Julai (Hrkh)– Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, Raveentharan a/l V. Subramaniam melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Adun bukan Islam pertama sebagai penaung Majlis Tilawah Al-Quran dan Azan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Uban dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Bukit Gelugor baru-baru ini.

Continue reading

Enggan tunai janji: Sah Umno perbodoh pengundi Manek Urai

KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) – Sahlah pengundi di Manek Urai diperbodoh Umno apabila janji mahu membina jambatan merentangi Sungai Lebir bernilai RM7 juta kini ditarik balik.

Perkara itu diakui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed apabila menyebut kerajaan pusat tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan bernilai RM7 juta.

Continue reading

Ribuan Juta Wang Rakyat Dimusnahkan Oleh UMNO/BN

UMNO sejak zaman pemerintahan Mahathir Mohamad telah membazirkan berbillion ringgit wang rakyat apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dilaksanakan pada 2003. Dasar PPSMI jelas satu dasar yang amat silap dan lebih kepada agenda memberi keuntungan kepada para kroni.

– Bekal Laptop ke sekolah = Ada menteri jadi jutawan
– Bekal perisian =  Ada menteri jadi hartawan
– Service computer = Ada kroni kaut keuntungan
– Sediakan latihan = Ada induvidu sedut komisen

Continue reading

Pemansuhan PPSMI, hasil perjuangan rakyat

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Continue reading

Manek Urai: Gambar Sekitar Ceramah Di Cucuh Puteri…

Semalam, satu program ceramah yang melibatkan DS Anwar Ibrahim, Dato’ Husam Musa dan juga TG Nik Abdul Aziz berlangsung di Cucuh Puteri, Manek Urai. agak memberangsangkan apabila lokasi ceramah yang jauh di pedalaman lebih kurang 15km dari jalan utama berjaya mengumpulkan sejumlah hampir 3000 pengunjung untuk mendengar ceramah dari penceramah jemputan.

Aku sampai agak lewat lebih kurang jam 10:30 malam sebab terpaksa ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menunggu ketibaan DSAI, kemudian bergegas ke Pulai Chondong untuk solat isyak, kemudian ke Manek Urai pula untuk program ceramah ini.

Masa aku sampai, Dato’ Husam tengah berceramah. cukup berapi… audience dijamu dengan beberapa siri penerangan tentang pencabulan yang telah dilakukan oleh KERAjaan Pusat terhadap negeri Kelantan.

Isu royalti minyak Kelantan juga dijelaskan oleh Dato’ Husam dan selepas itu disambung dan dijelaskan lagi oleh DSAI kemudiannya.

Majlis ceramah diakhiri oleh TGNA dengan ucapan dan penerangan TGNA terhadap beberapa isu yang dimainkan oleh media UMNgOk/Barisan Nasiyonal lebih-lebih lagi tentang pelaksanaan ajaran Islam. perbezaan-perbezaan antara perjuangan PAS dan UMNgOk juga dijelaskan oleh TGNA.

Jelas TGNA, perjuangan UMNgOk berpaksi kepada perjuangan “KEBANGSAAN”, manakala PAS pula membawa perjuangan “AGAMA”.

Akhir kata, TGNA menyeru supaya bakal-bakal pengundi N-41 memilih PAS sebagai wadah perjuangan demi keadilan dan juga kesinambungan agama Islam di Malaysia.

Continue reading