Tuntutan royalti: Tindakan akhir guna mahkamah – Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 28 Julai (Hrkh) – Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya rundingan gagal antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya usaha penyelesaian cara rundingan dengan kerajaan pusat buntu, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan melalui undang-undang.

Malah kata beliau sekiranya mahkamah tempatan tidak juga dapat menyelesaikan tuntutan itu, ia mungkin akan dibawa ke mahkmah antarabangsa.

“Bagaimanapun sebelum tindakan akhir dibawa ke mahkamah kerajaan negeri akan menyelesaikan secara rundingan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan royalti.Image

“Sekarang masih ada jalan mudah iaitu rundingan, maka tiada sebab kenapa ia perlu diselesaikan di mahkamah pada peringkat ini,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar menghantar surat tuntutan royalti minyak kepada Perdana Menteri memandangkan terdapat pelantar carigali yang di kawasan perairan Kelantan.

Bagaimanapun surat tersebut belum dijawab perdana menteri sehingga sekarang.

Sebelum ini Petronas Carigali Sdn Bhd mengadakan usahasama dengna Shell Exploration dan Production Malaysia B.V menemui gas di Blok PM301 yang difahamkan terletak dalam kawasan perairan Kelantan.

Image Telaga Bunga Anggerik 1 memulakan penerokaan pada 21 November 2004 dan telah menggerudi sedalam 1,527 meter dan menemui empat zon gas.

Mengenai kenyataan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berhujah Kelantan berhak mendapat royalti berkenaan Menteri Besar berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan bekas Menteri Kewangan itu.

“Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas memang mengetahui perkara sebenar dan sedar akan hak Kelantan,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Kementerian Pelajaran yang cuba menghadkan 10 subjek sahaja bagi calon SPM bermula tahun depan.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung mencantas daya saing seseorang manusia di samping merugikan masyarakat.Image

“Tindakan berkenaan merugikan bukan sahaja pelajar sebaliknya masyarakat memandangkan pelajar hari ini pelapis pemimpin pada masa depan.

“Antara sedar atau sebaliknya kerajaan pusat telah mematikan hasrat di kalangan pelajar yang mempunyai semangat berlumba bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya

Menurutnya semangat ingin berlumba di kalangan pelajar perlu disemai serta dibajai dari awal lagi.

Pada sambutan itu anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman diumumkan Tokoh Pendidikan Yik 2009.

Dengan anugerah itu beliau mendapat tiket mengerjakan umrah dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar. – mj _ Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s