Erti Sebenar Satu Malaysia

Pakatan mendapat milage besar dengan kematian seorang lelaki di Plaza Masalam. Jangan kata saya suka, kematian adalah paling mendukacitakan – sesiapa pun, hatta Malaikat Maut apabila tiba masa dia sendiri harus mencabutnya nyawanya sendiri. Namun, isu ini adalah bertali-temali dari politik. Maka, pastilah akan ada pihak yang untung dan ada yang rugi.

Inilah padahnya kerana terlalu mabukkan kuasa. Orang mabuk memang gila. Dan gila yang paling parah ialah gila kuasa. Orang gila yang betul-betul gila pun takut kepada orang yang GILA KUASA. Di kampung saya dahulu, seorang wanita gila takut kepada budak-budak muda yang gila kuasa – selalu mengeksploitasinya – adalah contoh dan bukti bahawa gila kuasa adalah penyakit paling parah dalam dunia.

Apa yang Umno dapat dari kematian ini? Gembirakah mereka? Puas hati, berbaloi segala usaha?

Saya paling benci dengan Umno, mereka adalah makhluk perosak yang meruntuhkan institusi sah di Perak. Tapi saya juga paling menyampah dengan manusia-manusia lain yang tumpang semangkuk dalam meraikan kebodohan Umno. Namakan sahaja siapa mereka, jika tidak reti membezakan antara cerdik dan bebal serta mendokong secara buta-tuli, maka taraf mereka sama sahaja dengan Umno.

SPRM adalah antara kalangan manusia bebal dan bodoh yang secara membuta-tuli mendokong segala keputusan Umno. Letaklah sesiapa pun sebagai ketuanya, otaknya sudah ditut dan dibonsaikan agar membesar dalam kerangka pemikiran Umno, tidak boleh berfikiran waras dan hanya tahu menurut sahaja arahan Umno – salah betul belakang kira, yang penting ikut.

Apalah gunanya bertukar nama dari BPR kepada SPRM, jika modus operandinya seperti para along ‘mendidik’ peminjam tegar yang banyak alas an melangsai hutang. Mengherdik, menghina, mengugut dan memberikan tekanan berterusan. Adakah ini namanya professional? Tidak, ini bodoh dan bebal. Inilah yang diamalkan oleh SPRM di negara kita.

Letaklah apa-apa slogan…Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, Satu Malaysia, Islam Hadari atau apa-apa sahaja, jika ia diluncurkan dari platform Umno – ia hanyalah slogan palsu buat menipu rakyat. Kematian tanpa rela ini adalah buktinya. Paparan di media mereka sendiri mengesahkannya. Kenyataan pemimpin mereka sendiri menjelaskannya.

Kita tidak mengerti, apa lagi yang ditunggu oleh rakyat Malaysia dan masih setia ‘mendokong’ kepimpinan bangkrup idea dan muflis jiwa seperti Umno dan BN. Contohilah Chua Jui Meng, angkat kaki dan ucapkan selamat tinggal kepada Umno – BN. Inilah masa paling sesuai mengajar Najib dan rakannya, erti sebenar SATU MALAYSIA!

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Sumber PerakExpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s