‘Masyarakat Islam yang beriman tidak bertindak melulu’ – Raveentharan

BATU UBAN, 17 Julai (Hrkh)– Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, Raveentharan a/l V. Subramaniam melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Adun bukan Islam pertama sebagai penaung Majlis Tilawah Al-Quran dan Azan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Uban dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Bukit Gelugor baru-baru ini.

Semasa berucap dalam ucapan aluan majlis penutup Tilawah Al-Quran dan Azan kanak-kanak 16 tahun ke bawah di Dewan Lim Kar Bee, Sungai Dua berkata, semasa isu Islam dikatakan sebagai pengganas beliau langsung tidak mempercayainya kerana tahu budi hati orang muslim yang ikut Al-Quran tidak akan bertindak ganas membunuh walaupun bangsa lain tanpa sebab.

Barat katanya, memang tidak senang dengan kebangkitan Islam yang boleh jadi penyelamat kepada semua bangsa di dunia.

“Keyakinan saya tidak berbelah bahagi dengan masyarakat Islam kerana saya tahu mereka yang beriman tidak akan bertindak melulu tanpa berfikir panjang, ” jelasnya pada para hadirin.

Beliau juga berterimakasih pada Setiausaha sulitnya, Tahir Merican yang juga bertindak sebagai Pengarah Program Tilawah Al-Quran dan Azan kerana terus merealisasikan program itu.

Menurut Tahir Merican pula, beberapa kategori telah dipertandingkan dan mendapat sambutan di luar dugaan daripada masyarakat setempat.

Ini menandakan, sokongan pada program kerajaan dan parti masih menebal dan berharap rakyat memahami kehendak Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan bukan ketirisan sepertimana di bawah naungan BN dulu.

“Sambutan hangat daripada masyarakat membuatkan kami rasa terharu dan berharap ia menjadi realiti lagi pada tahun depan, ” terangnya dalam program yang menjemput khas Speaker Dun, Dato’ Abdul Halim Hussain sebagai perasmi penutup.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Wanita KeADILan Pusat, Zuraidah Kamarudin, Exco Wanita KeADILan Pusat; Dr Joyce Lee dan Ketua Wanita KeADILan Pulau Pinang, Norhayati Jaafar; Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf; Pengerusi JKKK Batu Uban, Haji Othman Nordin dan Setiausaha JKKK Batu Uban, Iszuree Ibrahim.- azm _ Mohd Sabri Said

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s