Enggan tunai janji: Sah Umno perbodoh pengundi Manek Urai

KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) – Sahlah pengundi di Manek Urai diperbodoh Umno apabila janji mahu membina jambatan merentangi Sungai Lebir bernilai RM7 juta kini ditarik balik.

Perkara itu diakui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed apabila menyebut kerajaan pusat tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan bernilai RM7 juta.

Pemimpin Umno itu dilaporkan cuba mendera rakyat di Manek Urai selepas Umno ditolak pada pilihan raya kecil terbabit.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun berkata, rakyat yang mengundi Umno pada Selasa lalu secara jelas kini sudah ditipu apabila janji mahu membina jambatan sudah ditarik balik hanya dua selepas pilihan raya diadakan.Image

“Kalau sebelum ini ramai pengundi di Manek Urai Baru dan Lama terpengaruh dengan janji itu, kini mereka sedar sudah dipermainkan pemimpin Umno.

“Umno sepatutnya membina jambatan yang dijanjikan kerana majoriti pengundi di Manek Urai lama dan baru memberi undi kepada BN. Tetapi selepas menang Umno cuba pula mempersendakan harapan pengundi,” katanya.

Semasa kempen pada pilihan raya tersebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan BN akan menjadi Manek Urai sebagai anak emas, membina jambatan berharga RM7 juta dan mewujudkan kota agropolitan.

Abdul Fatah berkata, sekiranya begitulah sikap pemimpin Umno sesiapa pun boleh membuat janji kalau sekadar bercakap manis di bibir sahaja.

Ditanya hasrat Umno Kelantan mahu mengemukakan petisyen pilihan raya kecil Dun Manek Urai katanya, perkara itu terpulang kepada mereka untuk melakukannya.

Image “PAS sedia untuk mengemukakan hujah bagi menjawab segala persoalan yang ditimbulkan di mahkamah nanti,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku pada pilihan raya kecil di Manek Urai bukan sekadar loceng amaran kepada PAS sebaliknya beduk amaran buat Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya berdasarkan kepada apa yang mereka lakukan dengan menabur duit secara mewah di Manek Urai pada adatnya PAS boleh dikalahkan jika iman dan takwa pengundi tidak utuh.

“Saya tidak tahu jumlah duit yang ditabur tetapi saya diberitahu ada gambar-gambar yang menunjukkan pemimpin kanan Umno turun dari helikopter membawa beg yang sarat dengan sesuatu,” katanya di sini.

Sedangkan kata beliau PAS cuma berbelanja dengan kuderat sendiri, sedangkan Umno bersandar kepada peruntukan kerajan pusat.

“Ini bukan parti lawan parti, sebaliknya PAS melawan kerajaan Malaysia dan Umno sekaligus.

“Buktinya cukup mudah jika mereka boleh mengamalkan politik wang dan merebut jawatan penting dalam parti, maka apa jaminan unsur rasuah wang tidak diamalkan di Manek Urai,” katanya.

Menurutnya selepas berjanji hendak membuat jambatan, tiba-tiba selepas kalah mereka menyebut tidak terikat pula dengan janji tersebut, secara jelas Umno mempersendakan pengundi.

Beliau juga berkata, berdasar kepada pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini kekuatan Umno pada pilihan raya kecil ternyata tidak kekal lama.

Contohnya pada pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005 di mana Umno menang dengan 134 undi tetapi pada plihan raya umum 2008 PAS mendapat majoriti 2,348 undi.

Oleh itu kata beliau biar pun PAS menang tipis di Manek Urai namun dari segi demokrasi menang setengah undi pun dikira menang.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Umno sepatutnya malu keupayaan PAS mempertahankan Dun Manek Urai sehingga menjadi enam daripada tujuh pilihan raya kecil selepas Mac 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya juga sekiranya ditakdirkan Umno menang di Manek Urai mereka hanya mengajar rakyat mengejar dunia dan tinggalkan akhirat.

Kata beliau Islam pada hemat pemimpin Umno hanya membina masjid, bank Islam dan sekolah agama sahaja.

“Walau pun pemimpin Umno tahu Islam membawa rahmat sekalian alam namun mereka masih tidak yakin apabila menolak secara jelas usaha-usaha mendaulatkan Islam.

“Samalah seperti orang sudah tahu ada racun dalam minuman tetapi minum juga. Sama juga rasuah dalam Umno sudah menjadi satu budaya,” katanya.

Buktinya beberapa pemimpin Umno digantung oleh Lembaga Disiplin kerana dakwaan kesalahan tersebut termasuk Dato’ Seri Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dato’ Zaid Ibrahim dan Dato’ Mohd Zain Ismail. – mj _ Lanjusoh | Foto Rizal Tahir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s