Kerajaan Kedah beri penjelasan lanjut isu roboh pusat sembelih khinzir

ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh) – Exco Kanan Kerajaan Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi Penjelasan pusat penyembelihan khinzir di Kampung Berjaya sebenarnya dirobohkan kerana berlakunya pelanggaran undang-undang.Pusat tersebut yang telah beroperasi sejak 30 tahun lalu diatas tanah rezab kerajaan tanpa sebarang kelulusan atau lesen operasinya,kata beliau.

Ketika itu (zaman Umno/BN memerintah) kawasan tersebut tidak ada penempatan oleh kerana jauh dari pusat bandar, walaupun ia duduk di situ tetapi tidak pernah ada satu kebenaran bertulis yang diberi kepada pengusaha,ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakah ketika satu wawancara ekslusif di pejabatnya di Wisma Darul Aman semalam.

“Kerajaan ketika itu beri secara understanding sahaja.Jadi setelah berlakunya penempatan penduduk di situ dengan perkembangan pembangunan, adanya kampung berjaya, jadi tempat itu nampaknya sudah tidak sesuai,”katanya.

Kerajaan yang memerintah sebelum ini (Umno/BN) pun telah membuat keputusan bahawa kawasan itu tidak lagi sesuai untuk diteruskan operasi penyembelihan khinzir,ujarnya,

Beberapa kali kerajaan yang lalu membuat keputusan supaya dicari kawasan pusat penyembelihan baharu bagi menggantikan kawasan tersebut, katanya.

Keputusan itu dibuat agar pusat penyembelihan dipindahkan supaya urusan penyembelihan khinzir ini dibuat secara teratur dan dibuat dengan lebih kemas.

Apa yang paling penting kawasan yang baharu (jika ada) bakal diluluskan mengikut peraturan dari segi kebersihan dan teknikal,katanya.

Kemudian, ada tahun 2006 pun telah ada satu kepiutusan kerajaan negeri ketika itu supaya ditutup pusat itu tetapi mungkin ada campur tangan pelbagai pihak dan tiada penempatan baru bagi pusat penyembelihan tersebut justeriu keputusan itu terpaksa ditangguh, katanya.

Namun selepas Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan, kerajaan negeri ini oleh kerana terlalu banyak desakan dari pihak penduduk berdekatan agar ia ditutup,pada 1 Julai lalu ia dirobohkan.

Kerajaan menerima aduan berpanjangan mengenai bau busuk selain cara dibuat pusat itu tanpa ikut peraturan, katanya.

Pengusaha sebenarnya tahu tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan premis itu betul kerana tiada lesen dan di atas tanah rezab kerajaan, katanya.

Malahan pihak MBAS yang membuat keputusan untuk meminta mereka menutup pusat itu pada 30 Mei lalu telah memberi tempoh sebulan atas permintaan pengusaha untuk mencari tempat baharu,katanya.

Tetapi sampai masanya mereka cuba bawa campur tangan pihak lain iaitu orang politik dan sebagainya yang nak jadi jaguh kononnya untuk membela nasib pengusaha,ujarnya.

“Sebenarnya mereka ini tidak membela pun yang nak membela perkara ini contohnya yang dari kerajaan dahulu (Umno/BN) kenapa mereka tak selesaikan awal sewaktu mereka perintah dahulu?,” ujarnya.

“Patut mereka cari tempat, tetapi ini mereka jadikan isu sensitif.Sebagai kerajaan kerajaan lihat bahawa keputusan roboh ini dibuat oleh MBAS yang mana ini dibawah kuasa mereka (MBAS) dan mereka gunakan peruntukan undang-undang kecil MBAS soal bangunan haram dan premis haram dan sebagainya,

” Jadi apabila berlaku keingkaran, kita tiada pilihan.Selaku kerajaan ini kita lihat dari sudutr undang-undang bukan dari sudut ia babi ka lembu ka ayam ka sebab ini persoalan pelanggaran undang-undang dan masalah bantahan yang daripada orang ramai yang duduk di situ,” katanya.

Bagi Phahrolrazi, MBAS sebenarnya telah mengambil tindakan yang sepatutnya dan selaku kerajaan negeri tidak mahu campur tangan dalam bidang kuasa MBAS.

Rakyat sendiri menyokong tindakan itu kerana isu ini tidak diselesaikan oleh kerajaan yang sebelum ini sejak 30 tahun lalu, katanya.

Sebalik keputusan itu, kerajaan negeri tidak menutup ruang untuk pengusaha mencari tapak baharu yang bersesuaian bagi menggantikan tapak yang dirobohkan, katanya.

Namun ia perlu dicadangkan, dimohon kelulusan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk menimbang kelulusan lesen operasi dan cadangan tapak,katanya.

Bagi Phahrolrazi, isu itu sebenarnya telah selesai dan tidak berbangkit, cuma ia diputarbelitkan media arus perdana untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat./wann_

Wan Nordin Wan Yaacob

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s