Biasiswa Nasional tidak ikut prinsip keadilan – Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) – PAS berpendapat Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bakal diperkenalkan tahun hadapan tidak mengikut prinsip kedialan yang menyeluruh.

Ini kerana, sebagaimana yang diumumkan oleh media arus perdana, pemberiannya adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya.

Demikian kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya memberi makna bahawa kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata.

“Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh,” katanya.

Akibatnya kata Ustaz Hadi dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.

PAS berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar.

Ini termasuklah infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira, katanya.

PAS katanya percaya bahawa pelaksanakan meritokrasi sepenuhnya dalam suasana pembelajaran pelajar yang berbeza dan serba kekurangan ini akan menyebabkan persaingan yang tidak adil, di mana tekanan akan menjadi lebih tinggi kepada kalangan pelajar yang mempunyai kekangan sosio-ekonomi dan kemudahan pembelajaran.

“PAS senantiasa menegaskan bahawa pertimbangan untuk melaksanakan pembahagian yang lebih adil adalah perlu mengambil kira struktur masyarakat ini.

“Di samping pihak kerajaan menyediakan segala keperluan fizikal dan spiritual yang diperlukan oleh pelajar terlebih dahulu supaya suasana pembelajaran yang lebih baik dapat dialami oleh pelajar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. -azm _ Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s