Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

“Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

“Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

“Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada ‘aamana’ (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

“Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

“Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

“Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

“Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

“Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

“Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

“Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik,” katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

“Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya,” katanya. – mj _ Muhammad Yusri Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s