Bismillahirahmanirahim…
Pada tanggal 03 June 2009, jam lebih kurang 10.30 pagi saya bersama rombongan ahli kariah al-Muttaqin berkunjung hormat ke kediaman YB Dato seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, (TGHH ) di kediamanya di Rusila Marang Terengganu. Kunjungan kami ke rumah TGHH itu sebagai tanda hormat kepada seorang tokoh Ulama’ dan Pemimpin Utama Gerakan Islam Malaysia sesudah kami berehat dan berkampung selama 2 malam di Pulau Kapas bagi memenuhi taqwim aktiviti tahunan kami.
Dalam pertemuan selama lebih kurang 1 jam itu pelbagai isu dan nasihat yang diutarakan oleh TGHH disamping kami dapat mengajukan beberapa soalan kepada TGHH. Saya sendiri yang mengutarakan soalan kepada TGHH mengenai ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan ini. Dengan gaya bersahaja dan tampak bersungguh TGHH menerangkan kepada kami mengenai UG ini.
Seterusnya di http://politikbanjar.blogspot.com/2009/06/10-muktamar-pas-review-hikayat-ug-lampu.html
Advertisements