Pimpinan BN anggap harta negara macam hak sendiri

PENDANG, 11 Jun (Hrkh) – Kecenderungan pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat penafian terhadap skandal berkaitan pengurusan kewangan negara seolah-olah mereka menganggap harta negara ini sebagai milik peribadi, demikian tempelak Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Ujar beliau, isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam Scopene, projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bumbung stadium runtuh di Terengganu dan lain-lain tentunya tidak dapat lari dari amalan rasuah.

“Tak payah kaji, rakyat sudah tahu kerana dengan kos RM270 juta tetapi tidak sampai dua tahun dah merudum (runtuh), takkan (pembinaan itu) ikut spesifikasi?” persoalnya yang turut menegaskan bahawa biarpun pimpinan BN cenderung menafikan, akhirnya akan terbongkar juga.

Katanya, semua wang kerajaan adalah dipungut dari hasil dan cukai rakyat serta sumber negara yang perlu diagihkan untuk kepentingan umum bukannya kepada kelompok tertentu sahaja.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru ini umum berjaya kumpul beratus bilion ringgit cukai. Itu duit rakyatlah tu,” tegas Hayati.

Menurut beliau, di Kedah khususnya di Pendang, jalan diturap berhampiran rumah penduduk berdasarkan parti politik pilihan mereka.

“Kalau (orang) BN turap sampai depan tangga rumah, kalau PAS, kereta kita kena ada ‘gear lompat’,” sindir beliau merujuk jalan yang tidak diturap sepenuhnya selepas melawat Kampung Mahawangsa dan Kampung Sawa Kecil baru-baru ini.

Katanya, BN berbuat demikian seolah-olah wang itu keluar dari kocek mereka dan akibat dari wujudnya perasaan tamak haloba yang tidak mengenal antara amanah dan khianat. – mks. _ Izwan Abdul Halim | izwan@harakah.net.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s